HomeIsu tempatanAsrama PKS beri manfaat penempatan kepada pelatih

Asrama PKS beri manfaat penempatan kepada pelatih

Read Time:1 Minute, 50 Second

Kota Kinabalu : Asrama Pusat Kraftangan Sabah (PKS) yang siap dibina di Keningau akan memberi manfaat penempatan kepada para pelatih yang mengikuti kursus dibawah kendalian pusat berkenaan.

Pengarah Yayasan Sabah, Dato Seri Gulamhaidar @ Yusof Khan Bahadar berkata, asrama itu juga akan dapat menarik minat para pelatih dari luar daerah Keningau untuk mengikuti kursus-kursus yang dianjurkan oleh PKS kelak.

Katanya, pusat dibawah seliaan Kumpulan Yayasan Sabah (KYS) itu mula beroperasi pada 2012 merupakan pusat sehenti bagi pengumpulan, latihan, pemasaran serta penyelidikan dan pembangunan kraf tangan. 

Menurutnya, PKS turut memberi fokus kepada peningkatan taraf kehidupan rakyat Malaysia di Sabah melalui Program Pembangunan Modal Insan di bawah Program Khas Anak Negeri (PKAN) Sabah, melalui Unit Penyelarasan Pelaksanaan, Jabatan Perdana Menteri (ICU JPM).

Tambahnya lagi, kumpulan sasar bagi program ini adalah masyarakat luar bandar dari seluruh Sabah yang mana PKS pada ketika itu tidak mempunyai fasiliti penginapan untuk peserta yang memerlukan penginapan.  

“Maka dengan jumlah peningkatan pelatih setiap tahun, KYS mengambil inisiatif untuk mencadangkan kepada pihak ICU JPM bagi pembinaan Asrama PKS untuk menampung keperluan tersebut,” katanya.

Susulan cadangan tersebut, pada tahun 2021, pihak ICU JPM telah meluluskan peruntukan bagi pembinaan asrama berkenaan di bawah Rancangan Malaysia ke-12.

Asrama berkenaan akan dirasmikan Timbalan Ketua Menteri Datuk Seri Dr. Jeffrey G. Datuk Kitingan esok.

Ghulam berkata, penglibatan KYS dalam bidang kraf tangan sebenarnya adalah seiring dengan salah satu objektifnya iaitu untuk mengurangkan kadar kemiskinan di negeri Sabah.

Seiring dengan objektif ini, industri kraf tangan telah menjadi antara  fokus KYS dalam memajukan masyarakat luar bandar berikutan potensi serta kekuatan yang terdapat di dalam industri berkenaan. 

“Bagi pihak KYS, saya mengucapkan terima kasih kepada Kerajaan Persekutuan atas dana yang disediakan untuk pembinaan asrama ini. Ini menunjukkan keperihatinan dan komitmen Kerajaan Persekutuan dalam menyediakan infrastruktur yang diperlukan dalam membangunkan industri kraf tangan di negeri ini.

“KYS juga mengucapkan setinggi-tinggi penghargaan kepada Jabatan Kerja Raya kerana telah menyelia projek ini dengan rapi demi memastikan ianya siap sepertimana dalam jadual kerja,” katanya.

KYS yakin asrama ini sudah pasti akan memudahkan PKS untuk melaksanakan kursus-kursus secara insitu dan secara tidak langsung sebagai pemangkin dalam memajukan industri kraf tangan di negeri ini ke tahap yang lebih tinggi. – SABAH MEDIA

RELATED ARTICLES
Isu tempatan

NDRC UMS perkukuh pengurusan bencana bersama pihak berkuasa tempatan

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here

Most Popular