HomeUtamaSketsa COVID-19 antara tarikan sempena sambutan Hari Pahlawan Isnin ini

Sketsa COVID-19 antara tarikan sempena sambutan Hari Pahlawan Isnin ini

Read Time:33 Second

Kota Kinabalu : Masyarakat sekitar Bandaraya Kota Kinabalu dijemput hadir bagi menyaksikan persembahan sketsa khas peristiwa COVID-19 pada Isnin ini.

Persembahan yang diadakan sempena Sambutan Hari Pahlawan Negeri Sabah itu akan bermula seawal jam 7 pagi bertempat di Padang Merdeka.

Persembahan tersebut akan dijayakan oleh pelbagai agensi dibawah kelolaan Lembaga Kebudayaan Negeri Sabah (LKNS) dan akan diiringi bacaan deklamasi sajak oleh Mohd Fauzi Janita dari Jabatan Bomba dan Penyelamat Malaysia Negeri Sabah yang bertajuk, ‘Barisan Hadapan, Taman Bangsa’. 

Dalam sesi raptai pada Jumaat, persembahan Kawalan Kehormatan Utama (KKU) Batalion Ke-22 Regimen Askar Melayu DiRaja juga dijangka menarik perhatian pengunjung kelak.

RELATED ARTICLES
Utama

2 Anggota Polis Ulu Tiram Terbunuh, Penyerang Ditembak Mati

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here

Most Popular