HomeIsu tempatanPolis, ahli keluarga mohon bantu kesan orang hilang

Polis, ahli keluarga mohon bantu kesan orang hilang

Read Time:1 Minute, 17 Second

PAPAR: Polis dan ahli keluarga memohon bantuan orang ramai untuk mengesan keberadaan seorang lelaki yang dikhuatiri hilang sejak Ahad lalu.

Mangsa dikenali sebagai Sefuan Taha berumur 33 tahun, bekerja di Jeti Sutera Harbour Kota Kinabalu sebagai pembantu bot telah tidak balik ke rumah sejak keluar ke tempat kerjanya pada pagi 23 Julai 2023.

Ketua Polis Daerah Papar Deputi Superintendan Kamaruddin Ambo Sakka berkata, pengadu iaitu isteri kepada mangsa telah membuat laporan polis pada 24 Julai keesokan harinya kerana suaminya (mangsa) tidak dapat dihubungi dan tidak dapat dipastikan di mana keberadaannya.

“Siasatan lanjut mendapati kali terakhir mangsa dapat dikesan kedudukannya ialah di tempat kerjanya iaitu Jeti Sutera Harbour Kota Kinabalu pada 24 Julai 2023 jam lebih kurang 3.30 pagi.

“Mangsa dilihat oleh rakan sekerjanya meninggalkan tempat tersebut dengan menunggang sebuah motorsikal jenis skuter warna merah dan menuju ke arah bandar Kota Kinabalu berdasarkan rakaman kamera litar tertutup (CCTV) yang ada di situ,” kata Kamaruddin dalam kenyataannya hari ini.

Menurut Kamaruddin, mangsa pada mulanya telah keluar dari rumahnya di Taman Pengalat Besar Papar pada pagi 23 Julai 2023 menuju ke tempat kerjanya.

“Hasil temu bual dengan pengadu mendapati kali terakhir dia ada berhubung dengan mangsa ialah pada 23 Julai 2023 jam lebih kurang 5.50 petang dan selepas itu nombor telefon mangsa tidak dapat dihubungi lagi.

“Sehingga kini usaha mencari dan mengesan mangsa sedang dilakukan oleh rakan sekerja, ahli keluarga pihak Polis,” katanya.

Tambah beliau, sekiranya ada sebarang maklumat berkaitan mangsa Sefuan Taha, mohon segera berhubung dengan pegawai penyiasat kes Sarjan Mustifin Wahud di talian 0142030071.

RELATED ARTICLES
Isu tempatan

NGO Muslim Sabah disaran selaras aktiviti, elak pertindihan

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here

Most Popular

Recent Comments

Marianah Haji Mohd. Akil on Ibu Ebi AF5 Meninggal Dunia
Just ada kaitan with gui family on Bermula Jual Aiskrim Kini Bergelar Usahawan Berjaya