HomeIsu tempatanKumpulan tari Sechinta Squadra harumkan nama Sabah di Korea Selatan

Kumpulan tari Sechinta Squadra harumkan nama Sabah di Korea Selatan

Read Time:1 Minute, 20 Second

Kota Kinabalu: Sechinta Squadra, kumpulan tari pimpinan Sekolah Menengah Kebangsaan (SMK) Chinta Mata, Tenom berjaya mengharumkan nama Sabah di International Dance Organization (IDO) World Dance Festival 2023 yang berlangsung di Korea Selatan, baru-baru ini.

Terdiri daripada 10 pelajar berusia 12 hingga 17 tahun, kontinjen yang diketuai oleh Shasheila Sheril Sarikol itu telah berjaya membawa pulang dua pingat emas dan dua pingat gangsa.

Mereka muncul sebagai johan bagi dua kategori yang dipertandingkan, iaitu kategori Formasi Trio Dewasa yang diwakili oleh Ezra Januri, Alfianah Ampun dan Ester Koro serta kategori Solo Folklore yang diwakili Nurul Airiesyah Umaira Mohd Dzul Azhar, pelajar SRK St. Agnes, Kota Kinabalu.

Sechinta Squadra berjaya mendapat tempat ketiga dalam kategori Kumpulan Junior yang diwakili oleh Fedley Jawani, Raynelzean Richer Elvis Roslee, Irysta Krystine, Inahwati Asau dan Rohaniester Jainus.

Selain itu, mereka turut mendapat tempat ketiga bagi kategori Duo Junior Folklore yang diwakili oleh Nurul Airiesyah dan Avril Joanne Juvinis Amatius Simin  dari SM All Saints, Kota Kinabalu.

Kumpulan itu telah diiringi oleh dua orang guru pengiring daripada SMK Chinta Mata, iaitu Mary Jane Jeefre dan John Francis sepanjang pertandingan  berlangsung bermula 4 hingga 6 Ogos.

Turut serta dalam rombongan itu ialah Pegawai-pegawai Pejabat Pendidikan Daerah (PPD) Tenom, Rodolf Arat dan Stella Bibis; serta koreografer Earl Steiner dan Arthur Darren Jacob.

Terdahulu, pertandingan yang diadakan di Goyang Aram Nuri Opera Hall, Goyang Si, Korea Selatan menyaksikan kumpulan-kumpulan tari daripada seluruh pelusuk dunia berentap dalam pelbagai kategori tarian.

Sechinta Squadra kini dalam perjalanan pulang ke tanah air dan dijangka tiba di Lapangan Terbang Antarabangsa Kota Kinabalu (LTAKK) pada pagi Selasa. – SABAH MEDIA

RELATED ARTICLES
Isu tempatan

Maritim Malaysia catat 37 tangkapan, rampasan lebih RM1.2 juta setakat Jun...

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here

Most Popular