HomeIsu tempatanSyarikat swasta komited bantu Kerajaan bawa mesej perpaduan

Syarikat swasta komited bantu Kerajaan bawa mesej perpaduan

Read Time:1 Minute, 2 Second

Tuaran : Pelbagai syarikat swasta khususnya di Sabah terus komited untuk membantu pihak kerajaan dalam membawa mesej perpaduan.

Pengurus Pentadbiran Kumpulan FUMA, Has Rizal Hamsan berkata, hasrat itu diterjemah melalui kerjasama strategik antara jabatan kerajaan dan syarikat swasta.

Has Rizal (dua dari kiri) ketika ditemui media.

“Hari Kebangsaan merupakan satu sambutan yang bermakna kepada negara. Kami dari pihak swasta ingin sama-sama turun padang merasai kemeriahan dan mengajak masyarakat untuk mengibarkan Jalur Gemilang sepanjang Bulan Kebangsaan.

“Peluang menyertai konvoi Kembara Merdeka Jalur Gemilang (KMJG) pada tahun ini selari dengan hasrat syarikat FUMA dalam memberi pulangan kepada masyarakat melalui platform yang diberikan oleh Jabatan Penerangan,” katanya ketika ditemui pada Program KMJG daerah Tuaran di sini, semalam.

Sementara itu, Ketua Pegawai Operasi MASWings, Suresh Singam berkata, sebagai syarikat berkaitan kerajaan (GLC) pihaknya menyokong inisiatif yang dilaksanakan oleh jabatan kerajaan dalam sambutan Hari Kebangsaan.

“Kami amat berbangga dapat berkolaborasi bersama Jabatan Penerangan (JaPen) Sabah dalam menjayakan program-program yang disusun sepanjang Bulan Kebangsaan ini,” katanya.

Selain Kumpulan FUMA dan MAG, antara rakan strategik yang berkolaborasi bersama JaPen Sabah dalam menjayakan KMJG 2023 adalah Jabatan Penyiaran Malaysia (RTM), Suruhanjaya Komunikasi dan Multimedia Malaysia (SKMM), Polis DiRaja Malaysia, Jabatan Pengangkutan Jalan, Angkatan Pertahanan Awam Malaysia, Telekom Malaysia, Pos Malaysia dan McDonalds.

RELATED ARTICLES
Isu tempatan

Deklamasi puisi akan diadakan pada Majlis Makan Malam Hari Jadi Rasmi...

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here

Most Popular