HomeSukanFitMalaysia Sabah akan diadakan pada 26 Ogos ini

FitMalaysia Sabah akan diadakan pada 26 Ogos ini

Read Time:1 Minute, 16 Second

Kota Kinabalu : Seramai 7,000 orang peserta dijangka hadir bagi menjayakan penganjuran program FitMalaysia peringkat negeri Sabah bertempat di Kompleks Sukan Kota Kinabalu.

Menteri Belia dan Sukan Sabah Datuk Ellron Angin berkata, program yang akan diadakan selama dua hari bermula 26 Ogos ini akan diisi dengan pelbagai aktiviti yang telah dirancang kepada para pengunjung.

“Pada penganjuran kali ini pihak penganjur telah memilih Kota Kinabalu sebagai tuan rumah pelaksanaan FitMalaysia Peringkat Negeri Sabah 2023 yang akan diadakan pada bermula 26 dan 27 Ogos di Kompleks Sukan Kota Kinabalu. 

Ellron Angin

“Pelbagai aktiviti yang dirancangkan seperti Fun Run 5km, Fun Walk 3km, Fun Ride 10km dan 30km, sukan berbentuk pertandingan kecergasan secara individu dan berpasukan serta pelbagai pameran dan jualan kesihatan akan diadakan di dalam program ini,” katanya.

Beliau berkata demikian dalam sidang media di pejabatnya di sini hari ini.

Ellron yang juga Pengerusi Jawatankuasa Induk FitMalaysia 2023 peringkat negeri Sabah berkata, pihaknya yakin penganjuran kali ini akan dapat menarik dan mensasarkan lebih ramai penyertaan daripada pelbagai lapisan masyarakat terutama dalam menghayati semangat perpaduan dan patriotisme di bulan kemerdekaan ini.

“Saya amat mengharapkan kerjasama daripada semua pihak untuk memastikan penganjuran Program FitMalaysia di negeri Sabah pada kali ini akan mencapai sasaran penyertaan yang telah ditetapkan oleh Kementerian Belia dan Sukan Malaysia iaitu seramai 7,000 orang,” katanya.

Dalam pada itu, Ellron berkata, pelaksanaan FitMalaysia di Negeri Sabah telah diadakan sebanyak tiga kali iaitu pada tahun 2014 di Teluk Likas; Pdang Bandaran Sandakan (2016) dan terakhir di Padang Bandaran Tawau pada 2019. – SABAH MEDIA

RELATED ARTICLES
Sukan

Piala SMJ : Persiapan Sabah FC untuk lihat kekuatan, kelemahan pasukan

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here

Most Popular

Recent Comments

Marianah Haji Mohd. Akil on Ibu Ebi AF5 Meninggal Dunia
Just ada kaitan with gui family on Bermula Jual Aiskrim Kini Bergelar Usahawan Berjaya