HomeIsu tempatanLantikan JKKK Kadamaian berasaskan formula kongsi kuasa parti-parti kerajaan negeri

Lantikan JKKK Kadamaian berasaskan formula kongsi kuasa parti-parti kerajaan negeri

Read Time:1 Minute, 0 Second

Kota Belud: Pelantikan seramai 72 pengerusi Jawatankuasa Kemajuan dan Keselamatan Kampung (JKKK) kawasan Dewan Undangan Negeri (DUN) Kadamaian berasaskan formula perkongsian kuasa parti-parti kerajaan negeri.

Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Kadamaian Datuk Ewon Benedick berkata, sebahagian besar daripada pengerusi JKKK itu adalah daripada parti-parti komponen Pakatan Harapan (PH) dan selebihnya mewakili parti-parti lain kerajaan negeri.

“Pendekatan yang sama juga saya gunakan apabila melantik Ketua Adat dan Ketua Kampung di kawasan Kadamaian.

“Ini komitmen saya untuk memastikan semua parti yang menyokong kerajaan mempunyai peranan masing-masing membantu dari segi pembangunan dan kemajuan kampung.

“Saya berharap formula ini akan menjadi contoh kepada kawasan lain apabila melantik jawatan di peringkat kampung bagi memudahkan kerjasama melaksana program-program pembangunan peringkat kampung,” katanya.

Beliau berkata demikian ketika ditemui pemberita selepas menyempurnakan penyampaian watikah pelantikan pengerusi JKKK Kawasan Kadamaian, di Pusat Khidmat Adun Kadamaian, di sini, hari ini.

Ewon berharap, semua pengerusi yang dilantik dapat memberikan perkhidmatan terbaik terutamanya mengenalpasti isu-isu dan masalah serta keperluan rakyat untuk perhatian kerajaan, antaranya keperluan pembangunan infrastruktur asas dan kebajikan rakyat.

Turut hadir Pegawai Daerah Kota Belud Bakri Haji Nanun, Ketua Perhubungan Adun Kadamaian Carlye Lajimin dan UPPM Kadamaian, Saikom Watis dan Demis Rumantis. – SABAH MEDIA

RELATED ARTICLES
Isu tempatan

Penduduk Papar berpeluang nikmati pawagam komuniti 24 jam pertama di Malaysia

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here

Most Popular

Recent Comments

Marianah Haji Mohd. Akil on Ibu Ebi AF5 Meninggal Dunia
Just ada kaitan with gui family on Bermula Jual Aiskrim Kini Bergelar Usahawan Berjaya