HomeIsu tempatanKumpulan Yayasan Sabah sertai Perkhidmatan Komuniti Bergerak anjuran Perbendaharaan Malaysia Sabah

Kumpulan Yayasan Sabah sertai Perkhidmatan Komuniti Bergerak anjuran Perbendaharaan Malaysia Sabah

Read Time:39 Second

KALABAKAN : Seiring dengan kluster Kesejahteraan Rakyat di bawah konsep Malaysia Madani dan Sabah Maju Jaya, Kumpulan Yayasan Sabah turut menjayakan program Perkhidmatan Komuniti Bergerak (MCS) anjuran Perbendaharaan Malaysia Sabah.

Program ini melibatkan lebih 35 buah jabatan dan agensi diadakan di Dewan Terbuka Pejabat Daerah Kalabakan di sini hari ini.

Dalam program ini, Kumpulan Yayasan Sabah menawarkan beberapa perkhidmatan untuk orang ramai antaranya peluang melanjutkan pengajian di Kolej Teknologi Yayasan Sabah (KTYS) dan University College Sabah Foundation (UCSF).

Manakala Sabah Softwoods Bhd. juga turut serta dengan mengadakan temuduga pengambilan pekerjaan dan Benta Edible Oil Sdn. Bhd. menjual minyak masak rahmah jenama Bess.

Program ini dihadiri oleh Datuk Andi Muhammad Suryady Bandy, Pembantu Menteri Pembangunan Perindustrian dan Keusahawanan merangkap Ahli Parlimen P191 Kalabakan dan Ahli Dewan Undangan Negeri N71 Tanjung Batu.

RELATED ARTICLES
Isu tempatan

1,500 pengunjung meriahkan sambutan raya Pusat Alumni UMS

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here

Most Popular

Recent Comments

Marianah Haji Mohd. Akil on Ibu Ebi AF5 Meninggal Dunia
Just ada kaitan with gui family on Bermula Jual Aiskrim Kini Bergelar Usahawan Berjaya