HomeIsu tempatanPegawai dan anggota penguat kuasa ditahan SPRM

Pegawai dan anggota penguat kuasa ditahan SPRM

Read Time:45 Second

LABUAN: Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) Labuan telah menahan dua individu iaitu masing-masing seorang pegawai dan anggota penguat kuasa kerana disyaki menerima rasuah berjumlah kira-kira RM4,000 sebagai sogokan tidak mengambil tindakan terhadap suspek atas kesalahan narkotik.

Menurut sumber, kedua-dua suspek itu telah ditahan kira-kira jam 3 petang hari ini di Pejabat SPRM Labuan ketika hadir memberi keterangan.

Katanya, pegawai dan anggota yang bertugas di cawangan narkotik itu dipercayai menerima wang sogokan berjumlah kira-kira RM3,000 menerusi mesin wang deposit manakala selebihnya menerusi beberapa transaksi pindahan perbankan atas talian.

“Transaksi itu dilakukan antara September 2022 sehingga Mac 2023,” katanya.

Sementara itu, Pengarah SPRM Labuan, Datu Robbyie Shym Datu Pindatun ketika dihubungi mengesahkan tangkapan tersebut dan kes disiasat di bawah Seksyen 17(a) Akta SPRM 2009.

Beliau berkata, kedua-dua suspek dijangka akan dibawa ke Mahkamah Majistret Labuan esok bagi tujuan permohonan reman. 

RELATED ARTICLES
Isu tempatan

Cubaan tangkap ikan guna bahan letupan berjaya digagalkan

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here

Most Popular