HomeUtamaAspek kebersihan di Bandaraya Kota Kinabalu terus diberi perhatian serius

Aspek kebersihan di Bandaraya Kota Kinabalu terus diberi perhatian serius

Read Time:1 Minute, 28 Second

Kota Kinabalu : Aspek kebersihan di sekitar bandaraya Kota Kinabalu akan terus diberi perhatian serius sejajar dengan kedudukannya sebagai pintu masuk utama ke Sabah.

Datuk Bandar Kota Kinabalu Datuk Noorliza Awang Alip berkata, pihaknya juga memberi jaminan bahawa kebersihan di ibu negeri itu akan sentiasa terkawal.

“Meskipun ada beberapa kawasan berdepan isu ini terutama di perairan, perkara itu dapat ditangani dengan baik sebelum menjadi serius. 

Datuk Bandar Kota Kinabalu Datuk Noorliza Awang Alip

“Memang ada satu dua keadaan yang kurang menyenangkan terutama apabila air pasang, berlaku masalah sampah di kawasan perairan dan kami tidak menafikan perkara itu. Tapi, dari segi pengurusan sisa pepejal, Alhamdulillah, semua terkawal,” katanya.

Beliau berkata demikian ketika ditemui selepas menghadiri majlis pelancaran Pasar Malam Bandaran Berjaya yang disempurnakan Pembantu Menteri kepada Ketua Menteri Sabah, Datuk Abidin Madingkir, di sini, malam tadi.

Noorliza berkata demikian ketika diminta mengulas mengenai situasi kebersihan di bandar raya Kota Kinabalu berikutan teguran Kementerian Pelancongan, Seni dan Budaya (MOTAC) berhubung tahap kebersihan yang tidak memuaskan di lokasi pelancongan negeri ini, khususnya di Semporna, baru-baru ini.

Teguran yang dibuat MOTAC itu adalah sebagai maklum balas terhadap rungutan pelancong mengenai tahap kebersihan di Semporna yang tidak memuaskan.

Noorliza berkata, pelbagai usaha telag dilaksanakan Dewan Bandaraya Kota Kinabalu (DBKK) untuk meningkatkan tahap kebersihan dan keceriaan di bandar raya ini.

Katanya, ia termasuklah mewujudkan pasar malam di lokasi terpinggir agar kawasan berkenaan lebih terjaga.

Sebagai contoh katanya, Pasar Malam Bandaran Berjaya yang mula dibuka malam tadi dan beroperasi setiap hari hingga Khamis adalah antara usaha pihaknya bagi mengubah landskap yang kurang menyenangkan kepada lebih ceria.

“Kalau kita tengok ‘stigma’ Bandaran Berjaya agak kurang baik sebelum ini, jadi kita mahu menceriakan kawasan ini dan pembukaan pasar malam adalah permulaan untuk kami (DBKK) ke arah itu,” katanya. – SABAH MEDIA

RELATED ARTICLES
Utama

Jual paku simen 20 sen sebatang, peniaga warga asing terima notis...

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here

Most Popular