HomeIsu tempatanUMS, Kolej Universiti AMC jalin kerjasama kemajuan akademik

UMS, Kolej Universiti AMC jalin kerjasama kemajuan akademik

Read Time:1 Minute, 16 Second

Kota Kinabalu:  Universiti Malaysia Sabah (UMS) dan Kolej Universiti AMC telah memeterai satu hasrat kerjasama bagi memperkukuhkan kemajuan akademik antara kedua-dua institusi tersebut.  

Hasrat kerjasama tersebut dimeterai dalam satu acara menandatangani Surat Hasrat (LoI) antara kedua-dua institusi baru-baru ini. 

UMS diwakili oleh Dekan antara Fakulti Kewangan Antarabangsa Labuan (FKAL), Prof. Madya Dr Geoffrey Harvey Tanakinjal menandatangani dokumen LoI tersebut, manakala AMC diwakili oleh Ketua Pegawai Eksekutif, Bryan Lo Ching Wing.

Menurut Geoffrey, menerusi hasrat kerjasama tersebut, kedua-dua institusi bersedia mencapai matlamat dalam memudahkan pertukaran pelajar, pensyarah, kakitangan, dan kepakaran, memupuk kerjasama dalam projek penyelidikan dan pendidikan, dan mengadakan sesi latihan, seminar, bengkel, dan aktiviti akademik dan pendidikan lain yang berkaitan.

“Selain itu, pihak UMS dan AMC juga akan bersama-sama membangunkan program akademik bersama untuk meningkatkan penawaran akademik, dan meneroka serta melibatkan diri dalam aktiviti kerjasama berpotensi lain yang saling menguntungkan kedua-dua institusi.

“Kedua-dua institusi itu juga kini terlibat dalam membangunkan program ijazah sarjana muda melalui mod pengajian 2U2I (2 tahun di Universiti, 2 tahun di Industri) yang memfokuskan pengurusan hospitaliti.

“Ini kerana Sabah masih perlu untuk memperkukuh industri perkhidmatan untuk membuka jalan ke hadapan dan merealisasikan hala tuju Sabah Maju Jaya,” katanya. 

Beliau turut memaklumkan, perjanjian kerjasama itu berpotensi untuk dilanjutkan dengan menggariskan rundingan Memorandum Persefahaman (MoU) yang berterusan dan penglibatan dalam kerjasama penyelidikan, latihan dan perkongsian akademik.

“Kerjasama penting ini menandakan lembaran baharu bagi kedua-dua institusi ke arah kecemerlangan akademik, pertukaran silang budaya dan pembangunan holistik,” ujar beliau. 

RELATED ARTICLES
Isu tempatan

UMS perkukuh penyelidikan Ekonomi Biru dan keselamatan maritim Sabah 

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here

Most Popular