HomeUtamaNPI Siri M__M rekod kutipan hasil RM20,091,970

NPI Siri M__M rekod kutipan hasil RM20,091,970

Read Time:1 Minute, 31 Second

Kota Kinabalu : Nombor Pendaftaran Istimewa (NPI) Siri M___M yang dibuka sempena sambutan Hari Kebangsaan Ke-66 telah berjaya merekodkan kutipan hasil keseluruhan sebanyak RM20,091,970.

Jabatan Pengangkutan Jalan (JPJ) dalam satu kenyataan memaklumkan, NPI bagi M1M merupakan nombor yang telah dibida dengan harga paling tinggi, iaitu RM622,000. 

“Manakala M5M berada ditempat kedua tertinggi dengan harga RM500,000. Selanjutnya, M8M dengan nilai RM450,000, M9M dengan nilai RM402,004 dan M6M dengan nilai RM350,000.

“Siri M__M ini juga telah menunjukkan sambutan yang luar biasa daripada pembida-pembida. Jumlah penyertaan keseluruhan pembida siri ini adalah seramai 25,033 orang dan sebanyak 6,872 pembida telah berjaya memenangi nombor pendaftaran masing-masing,” menurut kenyataan itu di sini hari ini.

JPJ menambah, lima nombor yang paling banyak dibida ialah M101M seramai 39 orang pembida, M155M seramai 33 pembida, M51M seramai 32 pembida, diikuti dengan M313M seramai 31 pembida dan seterusnya M39M sebanyak 28 orang pembida. 

Menurut kenyataan itu lagi, hasil  pembidaan  siri  M___M  ini  yang  membawa  maksud ‘Malaysia Merdeka’ telah mendapat sambutan daripada pelbagai pihak bagi menunjukkan semangat dan menyemarakkan sambutan Hari Kebangsaan Tahun 2023. 

“JPJ ingin mengucapkan tahniah kepada para pembida yang telah menerima keputusan rasmi pada 5 September 2023. 

“Terima kasih juga kepada semua pengguna yang telah menyertai bidaan ini bagi mendapatkan nombor pendaftaran kenderaan pilihan masing-masing melalui Sistem JPJeBid,” tambah kenyataan itu lagi.

Dalam pada itu, JPJ berkata, bidaan nombor pendaftaran melalui Sistem JPJeBid secara dalam talian ini adalah suatu usaha jelas JPJ dalam menyediakan perkhidmatan secara digital kepada seluruh rakyat selaras dengan Pelan Strategik Pendigitalan Sektor Awam 2021-2025.  

Menurut kenyataan itu lagi, JPJ akan terus berusaha untuk memperluaskan dan memantapkan perkhidmatan digital untuk menyampaikan perkhidmatan yang terbaik kepada rakyat.  – SABAH MEDIA

RELATED ARTICLES
Utama

Kerajaan Semak Semula Arahan MKN No 20 Untuk Mantapkan Mekanisme Pengurusan...

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here

Most Popular

Recent Comments

Marianah Haji Mohd. Akil on Ibu Ebi AF5 Meninggal Dunia
Just ada kaitan with gui family on Bermula Jual Aiskrim Kini Bergelar Usahawan Berjaya