HomeIsu tempatanHayati nilai, erti kemerdekan dan hargai perjuangan pemimpin terdahulu

Hayati nilai, erti kemerdekan dan hargai perjuangan pemimpin terdahulu

Read Time:1 Minute, 19 Second

Kota Kinabalu : Generasi muda khususnya di negeri ini perlu terus menghayati nilai dan erti kemerdekaan sekaligus menghargai perjuangan pemimpin terdahulu agar negara ini terus aman, damai dan makmur.

Focal Person Kebangsaan Penglibatan Ibu Bapa,Komuniti dan Sektor Swasta (PIBKS) Sabah, Mohammad Ariff Tun Sakaran  berkata, pemimpin terdahulu juga telah banyak berjuang dalam membebaskan negara dari cengkaman penjajah luar.

“Mereka (pemimpin terdahulu) telah melalui pelbagai cabaran dan pengorbanan untuk mempertahankan tanah air sehingga negara kini dapat mencapai kejayaan dalam pelbagai bidang seperti pendidikan.

“Sempena sambutan Hari Kebangsaan, saya menekankan penerapan nilai perpaduan yang perlu diberi keutamaan, yang mana kita perlu mengingati pejuang-pejuang kemerdekaan kita di masa lampau khususnya pejuang ketika penjajahan.

“Kita tentunya ingat kesusahan semasa penjajahan di mana kita tidak mempunyai peluang pendidikan dan ekonomi kerana kita dijajah.  Kita bersyukur kerana selepas 66 tahun, negara kini berada dalam keadaan aman damai dengan ekonomi yang baik selepas bebas dari cengkaman penjajah,” katanya.

Beliau berkata demikian ketika ditemui selepas merasmikan Programm Gotong-Royong Madani di Sekolah Kebangsaan (SK) Sembulan Kota Kinabalu di sini pagi tadi.

Mohammad Ariff berkata,  generasi muda kini beruntung apabila dapat mewarisi kemerdekaan negara yang datang dari hasil perjuangan pemimpin lalu.

“Kita kini mempunyai sekolah-sekolah yang sudah dibangunkan. Perjuangan pemimpin lampau perlu dihargai dan kita akan meneruskan usaha ini dan menjaga negara ini agar terus aman damai dan makmur,” katanya.

Terdahulu, program yang diadakan serentak di semua sekolah seluruh negara itu  diadakan bermula jam 7.30 pagi dan turut disertai kira-kira 200 murid dan ibu bapa serta guru di SK Sembulan di sini. – SABAH MEDIA

RELATED ARTICLES
Isu tempatan

Laluan masuk jejantas Skybridge ke Centre Point dibuka kepada awam

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here

Most Popular

Recent Comments

Marianah Haji Mohd. Akil on Ibu Ebi AF5 Meninggal Dunia
Just ada kaitan with gui family on Bermula Jual Aiskrim Kini Bergelar Usahawan Berjaya