HomeUtamaSabah akan teliti, pertimbang kenaikan elaun UPPM

Sabah akan teliti, pertimbang kenaikan elaun UPPM

Read Time:1 Minute, 20 Second

Kota Kinabalu : Kerajaan Sabah akan meneliti dan mempertimbangkan kenaikan elaun bulanan kakitangan Unit Pemimpin Pembangunan Masyarakat (UPPM) di seluruh negeri.

Ketua Menteri Datuk Seri Hajiji Noor berkata, perkara itu akan dibincangkan bersama barisan Kabinet Sabah dan Setiausaha Kerajaan Negeri (SKN) 

Bagaimanapun beliau berkata, nilai kenaikan elaun berkenaan akan diteliti mengikut laporan daripada Menteri Kewangan.

“Oleh itu atas keprihatinan, perkara ini akan dikaji dulu.  InsyaAllah kita akan perhalusi dan pertimbangkan kenaikan elaun UPPM seluruh Sabah.  Berapa kenaikan itu terpulang kepada laporan daripada Kementerian Kewangan dan juga SKN.

“Kita tahu sekarang semua barang naik, itulah sebabnya Pengarah UPPM baru-baru ini dengar gaji ketua daerah, ketua adat dan lain-lain dinaikkan jadi kita kena adil juga kepada penjawat UPPM.  Jadi InsyaAllah kita akan perhalusi cadangan Pengarah UPPM supaya kita dapat selaraskan dengan situasi yang ada sekarang,” katanya.

Beliau berkata demikian ketika berucap pada Majlis Amanat Ketua Menteri Sabah sempena Hari Keluarga UPPM 2023 di Pusat Konvensyen Antarabangsa Sabah (SICC) di sini semalam.

Hajiji turut menyeru agar semua kakitangan UPPM dapat memainkan peranan penting sebagai jambatan penghubung antara Kerajaan dan rakyat di peringkat akar umbi.

“UPPM perlu proaktif dalam perkongsian maklumat dan sumber secara berterusan terutamanya dalam menyelesaikan sesuatu isu di kawasan masing-masing.

“Ini dapat meningkatkan imej dan mutu perkhidmatan di mata masyarakat. Pemimpin Pembangunan Masyarakat (PPM) perlu menunjukkan sikap profesionalisme yang tinggi, berdisiplin dan sentiasa memikirkan perkhidmatan yang baik kepada rakyat,” katanya.

Dalam pada itu, Hajiji turut menggesa agar semua PPM bekerjasama rapat dengan wakil rakyat di kawasan masing-masing dan memberikam perkhidmatan terbaik kepada akar umbi tanpa mengira ideologi politik. – SABAH MEDIA

RELATED ARTICLES
Utama

Kerajaan negeri hargai peranan media di Sabah

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here

Most Popular

Recent Comments

Marianah Haji Mohd. Akil on Ibu Ebi AF5 Meninggal Dunia
Just ada kaitan with gui family on Bermula Jual Aiskrim Kini Bergelar Usahawan Berjaya