HomeIsu tempatanProgram Hari Terbuka dekatkan masyarakat dengan warga pendidik

Program Hari Terbuka dekatkan masyarakat dengan warga pendidik

Read Time:1 Minute, 40 Second

Kota Kinabalu : Inisiatif Kementerian Pendidikan Malaysia (KPM) melaksanakan Hari Terbuka melalui Pejabat Pendidikan Daerah (PPD) seluruh negara dilihat mampu mendekatkan masyarakat kepada warga pendidik khususnya di daerah ini.

Focal Person Kebangsaan Penglibatan Ibu Bapa,Komuniti dan Sektor Swasta (PIBKS) Sabah, Mohammad Ariff Tun Sakaran  berkata, program seumpama itu juga dapat menyebar luas projek serta inisiatif yang dilaksanakan KPM kepada masyarakat setempat.

Focal Person Kebangsaan Penglibatan Ibu Bapa,Komuniti dan Sektor Swasta (PIBKS) Sabah, Mohammad Ariff Tun Sakaran 

Katanya, program itu juga dapat merealisasikan aspirasi pendidikan ke arah kemenjadian murid dan sekolah berkualiti serta merakyatkan pendidikan untuk semua dan tanggungjawab bersama.

“Melalui penganjuran program ini, kita akan dapat menyampaikan maklumat terkini  berkaitan dasar dan perkhidmatan baharu pendidikan kepada pemegang taruh, pelanggan dan rakan strategik selain mempamerkan inovasi serta pencapaian hasil murid dan guru melalui penerapan elemen Sekolahku Sejahtera.

“Penganjuran Hari Terbuka ini juga adalah satu inisiatif yang signifikan dan amat relevan dalam kepesatan globalisasi teknologi maklumat dan komunikasi (ICT) masa kini. Sudah pasti program hari ini akan menjadi satu medium yang memperkasakan Transformasi  Pendidikan di negara kita,” katanya.

Beliau berkata demikian ketika berucap merasmikan Hari Terbuka PPD Kota Kinabalu di sini hari ini dan turut dihadiri Pegawai Pendidikan Daerah Suhaimi Matshah.

Ariff berkata, bidang pendidikan perlu terus bergerak ke arah pendidikan fleksibel berteraskan nilai bagi menyediakan generasi yang berkemahiran tinggi dalam pelbagai disiplin ilmu, berkeupayaan berfikir aras tinggi, berpegang teguh kepada nilai, etika dan ciri kerohanian serta mampu mengekalkan identiti sebagai bangsa Malaysia.

“Oleh yang demikian, setiap warga Malaysia, khususnya warga pendidik perlu menjadi katalis dan berani ke hadapan dalam menghadapi cabaran untuk meletakkan negara kita standing dengan negara-negara maju yang lain dan kekal relevan,” katanya.

Dalam pada itu, Ariff berkata, arus transformasi yang rancak dalam dunia masa kini telah mengubah gaya hidup serta pemikiran masyarakat.

Katanya, perubahan ini melibatkan seluruh dunia yang merentasi pelbagai budaya, bangsa, agama dan negara serta merangkumi pelbagai bidang seperti bidang ekonomi, undang-undang, perubatan, pertanian, agama, politik, pendidikan dan lain-lain lagi. – SABAH MEDIA

RELATED ARTICLES
Isu tempatan

Program Rakan BORNEENSIS 2024 pupuk kelestarian alam semula jadi

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here

Most Popular