HomeIsu tempatanSM St Patrick Membakut catat nama di MBOR kali keempat

SM St Patrick Membakut catat nama di MBOR kali keempat

Read Time:1 Minute, 56 Second

Membakut : Sekolah Menengah (SM) St Patrick di sini sekali lagi berjaya mencatat nama dalam The Malaysia Book Of Record (MBOR) menerusi ‘The Biggest State Map Made Of Bottle Caps’.

Kali ini, kira-kira 800 orang terdiri daripada warga sekolah, para pelajar dan bekas pelajar serta ibu bapa terlibat menghasilkan peta terbesar Sabah menggunakan 308,160 penutup botol minuman berukuran 31 meter panjang dan 10.2 meter lebar.

Pengetua SM St. Patrick Richard David berkata, idea serta usaha mengumpul penutup minuman tersebut bermula sejak tahun 2019 lagi namun tertangguh akibat pandemik COVID-19 dengan menetapkan tiga objektif utama.

“Pertama, sempena bulan Kebangsaan dan Hari Malaysia kita mahu membangkitkan semangat cintakan negara dalam kalangan masyarakat terutama di Membakut dan menyemai cinta para pelajar kepada negara.

“Kedua, bagi memupuk kerjasama dalam kalangan para, alumni, bekas pelajar, ibu bapa dan juga dalam kalangan warga sekolah dan ketiga, sebenarnya kita mahu membudayakan sikap mencintai alam sekitar menerusi aktiviti kitar semula, dalam kes ini penutup botol untuk dijadikan produk yang bermakna. Itu yang kami cuba terapkan kepada para pelajar,” katanya.

Richard berkata, selain tiga objektif tersebut warga sekolah juga komited merealisasikan hasrat Menteri Sains, Teknologi dan Inovasi, Datuk Dr. Mohd Arifin Arif untuk mengangkat nama Membakut sekali gus menjadi tarikan kepada masyarakat dari luar daerah untuk berkunjung ke daerah tersebut.

Sementara itu, Arifin yang juga Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Membakut menzahirkan rasa syukur dan mengucapkan tahniah kepada sekolah terbabit atas pencapaian yang amat membanggakan itu.

“Ini pencapaian yang luar biasa dan tidak akan tercapai kecemerlangan ini melainkan dengan kesungguhan komitmen kerjasama dan semangat dalam kalangan guru ibu bapa dan murid-murid. Bagi pihak kerajaan negeri, saya mengucapkan berbanyak terima kasih kepada SM Patrik kerana ini ada hubungan dengan Hari Kebangsaan dan Hari Malaysia.

“Kita seharusnya tidak lupa kepada perjuangan tokoh-tokoh kemerdekaan sebelum ini walau siapapun mereka kerana mereka telah bersama-sama untuk memperjuangkan tanahair negeri dan negara yang tercinta,” katanya ketika merasmikan majlis pelancaran rekod keempat SM. St. Patrick dalam Buku Rekod Malaysia di sini, semalam.

SM St. Patrick telah berjaya mencatatkan nama dalam  The MBOR menerusi  Jalur Gemilang Terpanjang dan Terbanyak daripada botol minuman 500ml di Malaysia pada 11 September 2009.

Rekod seterusnya dicatat lagi pada 26 September 2014 dengan Bendera Sabah Terpanjang Daripada Tin Minuman, diikuti Anyaman Penutup Tin Minuman Terbesar di Malaysia pada 15 September 2017.

RELATED ARTICLES
Isu tempatan

1,500 pengunjung meriahkan sambutan raya Pusat Alumni UMS

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here

Most Popular

Recent Comments

Marianah Haji Mohd. Akil on Ibu Ebi AF5 Meninggal Dunia
Just ada kaitan with gui family on Bermula Jual Aiskrim Kini Bergelar Usahawan Berjaya