HomeUtamaKos pembelian tenaga elektrik lebih tinggi berbanding tarif jualan kepada pengguna -...

Kos pembelian tenaga elektrik lebih tinggi berbanding tarif jualan kepada pengguna – Pengerusi SESB

Read Time:1 Minute, 23 Second

Kota Kinabalu : Sabah Electricity Sdn Bhd (SESB) sedang beroperasi dengan kerugian memandangkan kos pembelian tenaga elektrik yang lebih tinggi berbanding harga tarif purata jualan kepada pengguna.

Pengerusi SESB Datuk Seri Wilfred Madius Tangau berkata, pembelian kuasa daripada Pengeluara Kuasa Bebas (IPP) kini adalah pada kadar RM0.43 seunit elektrik namun dijual kepada pengguna pada harga RM0.34 seunit.

Katanya, ia adalah mengikut tarif yang ditetapkan oleh Kerajaan Persekutuan.

“SESB mengalami kerugian hampir RM0.10, dan tanpa subsidi kerajaan, SESB pada hakikatnya akan bankrap.

“Pada tahun lalu, kerajaan memberikan subsidi kira-kira RM800 juta bagi menampung kerugian ini.

“Apa yang jelas, SESB sedang menghadapi masalah kewangan yang serius,” katanya dalam kenyataan di sini.

Dalam pada itu, Madius memaklumkan bahawa sesi dialog bersama Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) dan Ahli Parlimen Sabah turut diadakan baru-baru ini bagi menyatukan semua pihak untuk memperkasa peranan SESB dalam membuat keputusan mengenai projek jana kuasa pada masa hadapan.

“Sambutan mereka sangat positif. Kesemua mereka menyokong SESB. Kita harapkan apabila SESB mencadangkan sesebuah projek jana kuasa elektrik, kita akan terima sokongan daripada semua pihak termasuk kerajaan,” katanya.

Untuk rekod, Tarif elektrik di Semenanjung Malaysia adalah sebanyak RM0.39 seunit elektrik.

Sementara itu, Madius juga yang bekas Menteri Sains, Teknologi, dan Inovasi Malaysia serta Menteri Perdagangan dan Perindustrian (MTI) Sabah menyatakan harapannya agar Petronas dan Kerajaan Sabah membuat pengagihan gas asli dengan turut memberi keutamaan kepada penjanaan elektrik.

“Jika seluruh sumber gas diperuntukkan kepada sektor perindustrian tanpa sedikit pun untuk penjanaan tenaga, bagaimanakah industri ini dapat beroperasi tanpa bekalan elektrik?.

“Oleh itu, kami menyeru agar pengagihan sumber gas turut memberi keutamaan bagi tujuan jana kuasa tenaga elektrik di Sabah,” katanya. – SABAH MEDIA

RELATED ARTICLES
Utama

102 KIR terjejas banjir di Penampang terima sumbangan Perdana Menteri

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here

Most Popular