HomeIsu tempatanUCSF perkenal peluang pendidikan kepada anak-anak RAY Tambunan

UCSF perkenal peluang pendidikan kepada anak-anak RAY Tambunan

Read Time:1 Minute, 24 Second

TAMBUNAN: University College Sabah Foundation (UCSF) terus komited mengadakan Program University Social Responsibility (USR) menerusi Kunjungan Kasih ke Rumah Anak Yatim (RAY) Tambunan pada Isnin.

Rombongan UCSF yang diketuai oleh Naib Canselornya, Dr. Rafiq Idris dan pegawai-pegawai kanannya disambut mesra oleh Pengetua RAY Tambunan, Ustaz Abdul Rauf dan kakitangannya.

Menurut Dr.Rafiq, program USR kali ini merupakan sebahagian daripada usaha memperkenalkan UCSF, peluang pendidikan yang ditawarkannya dan bantuan-bantuan kewangan yang disediakan bagi pelajar-pelajar yang melanjutkan pengajian di universiti itu.

“UCSF juga komited untuk membantu dari pelbagai perspektif, khususnya dari segi pendidikan atau program jalinan masyarakat khas untuk anak-anak di RAY.

“Perbincangan telah diadakan diantara UCSF dan RAY Tambunan mengenai program yang boleh dilaksanakan bersama”, katanya pada Program USR, Kunjungan Kasih di sini.

Dr. Rafiq menegaskan bahawa UCSF sangat prihatin terhadap pendidikan anak-anak Sabah kerana masyarakat yang berilmu akan memberi impak yang positif kepada kemajuan negara.

Menurutnya, pendidikan bukan sahaja penting kepada individu terutama dari segi ilmu dan pengetahuan, malah akan memperkasakan kemahiran mereka.

“UCSF komited melahirkan masyarakat yang celik hijau, celik keusahawanan, celik digital dan celik Kewangan”, tegasnya.

Sementara itu, Ustaz Abdul Rauf yang berkongsi maklumat mengenai prestasi dan pencapaian anak-anak RAY Tambunan menekankan mereka sangat mementingkan pendidikan dan hala tuju setiap anak yang berada di rumah amal itu.

Menurut Pegawai Libat Sama Komuniti, Sharmimiee, kunjungan kasih UCSF kali ini bukan sahaja memberikan maklumat pendidikan kepada anak-anak, juga membina titik hubungan yang penting antara institusi pendidikan tinggi (IPT) dan komuniti setempat.

Katanya, UCSF merupakan sebuah IPT yang menggariskan pentingnya pendidikan sebagai salah satu instrumen penting dalam perubahan sosial dan pembangunan, seterusnya melahirkan lebih ramai graduan yang celik teknologi, ekonomi, keusahawanan dan sebagainya.

RELATED ARTICLES
Isu tempatan

Peserta Sugandoi, golongan muda diseru pelihara, promosi budaya Kaamatan

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here

Most Popular

Recent Comments

Marianah Haji Mohd. Akil on Ibu Ebi AF5 Meninggal Dunia
Just ada kaitan with gui family on Bermula Jual Aiskrim Kini Bergelar Usahawan Berjaya