HomeIsu tempatanLapan bas baharu bakal beri keselesaan kepada warga UMS

Lapan bas baharu bakal beri keselesaan kepada warga UMS

Read Time:1 Minute, 14 Second

Kota Kinabalu: Sebanyak lapan buah bas baharu bakal digunakan dan akan memberi keselesaan kepada warga Universiti Malaysia Sabah (UMS) khususnya pelajar dalam aktiviti pengajaran dan pembelajaran (PdP).

Pembelian dengan kos sebanyak RM4.9 juta itu melibatkan tujuh buah bas dengan kapasiti 45 tempat duduk dan sebuah bas coaster berkapasiti 25 tempat duduk.

Naib Canselor UMS, Profesor Datuk Dr. Kasim Mansor berkata, penambahan bas itu juga adalah sebagai salah satu persiapan bagi menyambut kemasukan pelajar baharu di UMS yang  mula mendaftar pada 30 September ini.

Naib Canselor UMS, Profesor Datuk Dr. Kasim Mansor

“Seperti tahun-tahun sebelumnya, UMS juga akan menggunakan bas-bas ini untuk menjemput pelajar-pelajar baharu di Lapangan Terbang Antarabangsa Kota Kinabalu dan Stesen Bas Inanam,” katanya.

Beliau berkata demikian ketika merasmikan Majlis Perasmian Bas Baharu UMS di Dataran Dewan Canselor, di sini baru-baru ini.

Kasim berkata, pihak Jabatan Pembangunan dan Penyelenggaraan (JPP) UMS telah berusaha sejak tahun 2021 untuk memastikan perolehan dan pembelian bas baharu itu berjaya direalisasikan.

“Saya berharap dengan adanya bas baharu ini, ia akan membantu meningkatkan lagi mutu perkhidmatan UMS, sekali gus menjamin keselesaan pelajar dan warga UMS di samping memberi imej yang tinggi kepada universiti,” katanya.

Hadir sama, Timbalan Naib Canselor (Penyelidikan dan Inovasi) UMS, Profesor Ir Dr. Rosalam Hj. Sarbatly; Timbalan Naib Canselor (Hal Ehwal Pelajar dan Alumni) UMS, Profesor Madya Dr. Raman Noordin; Pengarah JPP UMS, Ir. Ts. Mohd Ari Nazrul Abd Rahman serta Presiden Majlis Perwakilan Pelajar (MPP) UMS, Jeeva Cassandra Abdul Mumin. – SABAH MEDIA

RELATED ARTICLES
Isu tempatan

20 anak yatim Rumah Amal Kasih Kingfisher terima sumbangan

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here

Most Popular

Recent Comments

Marianah Haji Mohd. Akil on Ibu Ebi AF5 Meninggal Dunia
Just ada kaitan with gui family on Bermula Jual Aiskrim Kini Bergelar Usahawan Berjaya