HomePolitikJentera parti laksana gerak kerja awal, jangan tunggu saat akhir - Masiung

Jentera parti laksana gerak kerja awal, jangan tunggu saat akhir – Masiung

Read Time:1 Minute, 19 Second

Pitas : Parti Gagasan Rakyat Sabah (Gagasan Rakyat ) perlu sentiasa bersiap siaga bagi memulakan gerak kerja awal tanpa perlu menunggu saat akhir menjelang pilihan raya khususnya Pilihan Raya Negeri (PRN).

Naib Presiden Gagasan Rakyat Datuk Masiung Banah berkata, meskipun berbaki tempoh lebih dua tahun sebelum PRN diadakan namun jentera parti di semua peringkat perlu digerakkan awal khususnya di peringkat bahagian.

“Sayap Pemuda, Wanita dan Beliawanis perlu kreatif mengadakan program bersama parti-parti Gabungan Rakyat Sabah (GRS).

“Pilihan raya akan datang merupakan cabaran penting untuk semua tiga sayap utama ini bagi mendekati golongan muda yang lebih banyak aset politik,” katanya.

Beliau berkata demikian ketika berucap merasmikan Mesyuaray Agung Tahunan Gagasan Rakyat Bahagian Pitas di sini semalam.

Hadir sama, Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Pitas yang juga Ketua Bahagian Gagasan Rakyat Pitas, Dato’ Sri Ruddy Awah.

Masiung yang juga Pengerusi Lembaga Pembangunan Perumahan dan Bandar (LPPB) berkata, sayap Pemuda dan Beliawanis juga perlu lebih agresif melaksanan aktiviti bagi menarik minat anak muda menganggotai parti politik.

“Usaha mendekati golongan muda perlu lebih kreatif dan bersepadu agar pendekatan berkesan dapat dilakukan.  Hanya sayap Pemuda dan Beliawanis memahami dan dapat menyelami citarasa golongan muda ke arah mana minat mereka seperti kesenian, sukan, riadah atau majlis sosial,” katanya.

Menurutnya lagi, dua sayap utama parti itu juga wajar mendedahkan ilmu dan kemahiran ekonomi kepada generasi belia.

Sementara itu, Ruddy Awah berkata, beliau mahu ketiga-tiga sayap parti itu menjalinkan hubungan kerjasama politik dengan parti-parti komponen dalam GRS.

Beliau turut mengumumkan pemberian geran RM20,000 kepada setiap sayap Pemuda, Wanita dan Beliawanis untuk melaksanakan aktiviti masing-masing. – SABAH MEDIA

RELATED ARTICLES
PolitikUtama

Ketua-ketua penerangan peringkat bahagian, jelaskan kejayaan inisiatif kerajaan yang dicapai kepada...

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here

Most Popular