HomeIsu tempatanD'Soang Market @ Sembulan River Sadong Jaya mula beroperasi Khamis

D’Soang Market @ Sembulan River Sadong Jaya mula beroperasi Khamis

Read Time:1 Minute, 0 Second

Kota Kinabalu : Pasar malam yang dikenali sebagai D’Soang Market @ Sembulan River Sadong Jaya di sini akan mula beroperasi esok bermula seawal jam 5 petang sehingga 12 tengah malam.

Ketua Pengarah Dewan Bandaraya Kota Kinabalu (DBKK) Junainah Abbie berkata, pasar malam itu akan dibuka setiap hari dengan menawarkan pelbagai jenis jualan makanan.

“DBKK akan membuka satu lagi pasar malam bertempat di Sadong Jaya yang dikenali sebagai D’Soang Market @ Sembulan River, Sadong Jaya dan akan mula beroperasi bermula 05 Oktober ini seawal jam 5 petang hingga 12 tengah malam.

“Sebanyak 30 buah khemah jualan akan mula beroperasi yang terdiri daripada pengusaha kecil dalam kalangan penduduk setempat.

“Uniknya pasar malam ini terdapat jualan buah-buahan bermusim seperti pelbagai jenis buah durian, manggis, langsat dan banyak lagi serta jualan makanan tradisi ala kampung,” katanya dalam kenyataan di sini semalam.

Junainah berkata, pembukaan pasar malam ini bertujuan untuk membantu meningkatkan sosioekonomi kawasan Sembulan dan penduduk tempatan.

Katanya, pihaknya turut berharap pasar berkenaan akan menjadi salah satu tarikan baharu pengunjung dan pelancong yang datang ke Kota Kinabalu.

“Orang ramai bolehlah datang berkunjung ke D’Soang Market bersama ahli keluarga dan rakan taulan bagi memeriahkan dan merasai pengalaman baharu di pasar malam ini,” katanya. – SABAH MEDIA

RELATED ARTICLES
Isu tempatan

DBKK berjaya lupuskan 97 tan sampah

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here

Most Popular