HomeIsu tempatanUCSF anjur Program “Artistry In Science Outreach” di Penimbawan Tuaran

UCSF anjur Program “Artistry In Science Outreach” di Penimbawan Tuaran

Read Time:1 Minute, 10 Second

TUARAN: Seramai 100 murid Sekolah Kebangsaan (SK) Penimbawan menyertai Program “Artisty In Science Outreach” anjuran University College Sabah Foundation (UCSF) dengan kerjasama Sabah Economic and Education Society, baru-baru ini.

Program itu merupakan antara aktiviti “University Social Responsibility” (USR) UCSF yang memberi penekanan kepada aspek sains dan juga seni.

Rombongan UCSF seramai 10 orang yang diketuai oleh Naib Canselornya, Dr Rafiq Idris mengembara menggunakan bot dari jeti Kampung Serusop, Tuaran ke SK Penimbawan bagi menjayakan program itu.

Menurut Dr.Rafiq, antara pengisian program itu yang melibatkan murid-murid tahun 6 memberi fokus kepada aspek sains dan alam semula jadi.

Katanya, sesi lain memfokuskan kepada murid-murid tahun 4 dan 5 dengan penekanan kepada aktiviti berkaitan seni serta alam semula jadi.

Beliau berkata, UCSF akan terus mengadakan aktiviti-aktiviti seumpama itu bagi mendekatkan dan mendedahkan masyarakat tentang peluang pendidikan di UCSF.

“UCSF akan terus mendekati dan bersama komuniti, serta sedia membantu berdasarkan bidang kepakaran universiti”, katanya.

Beliau turut memberikan dorongan dan suntikan semangat kepada murid-murid SK Penimbawan pada majlis penutup program itu yang diadakan di sekolah tersebut.

Sementara itu, Guru Besar SK Penimbawan, Ajelan Setuh mengalu-alukan kunjungan rombongan UCSF dan percaya program suntikan semangat pendidikan itu lebih berkesan kerana ianya melibatkan pihak institusi pendidikan tinggi itu sendiri.

Manakala Pegawai Libat Sama Komuniti UCSF, Sharmimiee berkata, keterlibatan universiti dalam masyarakat merupakan sesuatu pendekatan yang sangat baik dan akan diteruskan ke komuniti yang lain.

RELATED ARTICLES
Isu tempatan

Rumah Terbuka Aidilfitri wadah erat hubungan silaturrahim

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here

Most Popular

Recent Comments

Marianah Haji Mohd. Akil on Ibu Ebi AF5 Meninggal Dunia
Just ada kaitan with gui family on Bermula Jual Aiskrim Kini Bergelar Usahawan Berjaya