HomeIsu tempatan60 peserta STEP terima sijil JPSM

60 peserta STEP terima sijil JPSM

Read Time:1 Minute, 23 Second

Kota Kinabalu: Seramai 60 peserta kursus ‘Sabah Talent Entrepreneurship Programme’  (STEP) Siri 2/2023 semalam menerima sijil penyertaan daripada Jabatan Pembangunan Sumber Manusia (JPSM).

Setiausaha Tetap Kementerian Sains, Teknologi dan Inovasi (KSTI) Datuk Mohd Hanafiah Mohd Kassim berkata, para peserta tersebut telah menyertai tiga kursus yang ditawarkan.

Antaranya Kursus Kontraktor Elektrikal, Kursus Kontraktor Perpaipan dan Kursus Mobile Mechanic (Automative) yang masing-masing disertai oleh 20 orang.

“Selain sijil penyertaan daripada JPSM, para peserta STEP juga menerima sijil tamat kursus daripada pihak Akademi Binaan Malaysia dan Giatmara, starter kit berupa ‘Hand Tools’ dan sebuah motosikal bagi kegunaan peserta untuk memulakan perniagaan selepas menamatkan kursus keusahawanan.

“Terdapat tiga kursus yang disertai iaitu Kursus Kontraktor Elektrikal, Kursus Kontraktor Perpaipan dan Kursus Mobile Mechanic (Automative) masing-masing disertai oleh 20 orang.

“Peserta yang terpilih mengikuti ketiga-tiga kursus tersebut telah mempunyai asas atau sijil sama ada di peringkat ijazah, diploma atau sijil kemahiran Malaysia tahap 1 hingga 3 berdasarkan bidang kemahiran seperti binaan dan penyelenggaraan perpaipan bangunan, Sijil PW2 atau elektrikal serta bidang automatif,” katanya.

Beliau berkata demikian ketika berucap merasmikan Majlis Penutupan STEP Siri 2/2023 di sini semalam.

Hadir sama Pengarah JPSM, Dayang Norsiah Ag. Duraman, Timbalan Pengarah (Makro) Unit Perancang Negeri (UPEN), Nurvina Intan Baizurah, Timbalan Setiausaha Tetap II KSTI, Alijah Ismail.

Hanafiah berkata, program kursus STEP yang dilaksanakan adalah selaras dengan hala tuju pembangunan modal insan JPSM dan KSTI dalam meningkatkan budaya keusahawanan khususnya golongan belia dan beliawanis di Sabah melalui penyediaan latihan keusahawanan  serta kemahiran di bawah peruntukan RMK-12 tajaan JPSM.

RELATED ARTICLES
Isu tempatan

Charles, Jessie dan Ain juara Sugandoi Kaamatan Bandaraya KK

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here

Most Popular