HomeUtamaLima resolusi berkaitan hal ehwal Islam dipersetujui untuk perhatian PM

Lima resolusi berkaitan hal ehwal Islam dipersetujui untuk perhatian PM

Read Time:1 Minute, 43 Second

Kota Kinabalu : Sebanyak lima resolusi telah dipersetujui dalam Konvensyen Pengurusan Hal Ehwal Islam sempena Ijtimak Perdana Agensi Agama Seluruh Malaysia (IJPAM) 2023 untuk perhatian Perdan Menteri Datuk Seri Anwar Ibrahim.

Menteri di Jabatan Perdana (Hal Ehwal Agama) Senator Dato Setia Dr Mohd Na’im Mokhtar berkata, antara resolusi itu termasuklah berkaitan usaha mewujudkan satu model kepimpinan Madani berasaskan model teori al-Ghazali dalam menjelmakan pemimpin yang boleh menyeimbangi nilai spritual dan insaniah dalam mencapai matlamat organisasi.

“Resolusi kedua ialah memperkukuh hubungan kolaboratif strategik dan amal jamaie di antara negeri dan persekutuan dalam melaksanakan Transformasi Pengurusan Hal Ehwal Islam ke arah pembangunan Malaysia MADANI menerusi inisiatif pembangunan insan berasaskan kekuatan akidah, keilmuan, nilai dan etika secara berterusan.

“Ketiga pula ialah usaha memperkasa Pengurusan Hal Ehwal Islam melalui pewujudan Model Struktur Pengurusan Hal Ehwal Islam yang seimbang di peringkat daerah dan negeri dari sudut kompleksiti tugas dan fungsi perjawatan,” katanya.

Beliau berkata demikian ketika berucap pada Majlis Penutupan Konvensyen Pengurusan Hal Ehwal Islam sempena IJPAM Sabah 2023 di Pusat Konvensyen Antarabangsa Sabah (SICC) di sini semalam.

Majlis disempurnakan Perdana Menteri Datuk Seri Anwar Ibrahim dan turut dihadiri Ketua Menteri Datuk Seri Hajiji Noor.

Mohd Na’im berkata, resolusi keempat pula menggariskan cadangan bagi mendaya upaya badan bukan kerajaan (NGO) Islam di peringkat negeri dan persekutuan sebagai rakan strategik dalam ketersediaan agensi Pengurusan Hal Ehwal Islam menyantuni isu ummah.

Katanya, ia khususnya dalam menangani isu bersifat keagamaan dalam negara dan yang bersifat global seperti isu halal, emansipasi, hak asasi manusia, pluralisme, ekstremisme, liberal dan lain- lain.

“Resolusi kelima dan terakhir ialah cadangan mewujudkan sebuah kesatuan bagi menjaga Skim Perkhidmatan dan Kebajikan Pengurusan Hal Ehwal Islam di peringkat daerah, negeri dan perseketuan.

“Berikutan itu, Persatuan Kakitangan Perkhidmatan Ugama (PKPU) Jabatan Kemajuan Islam Malaysia (JAKIM) diangkat untuk memulakan penubuhan sebuah kesatuan kebajikan itu,” katanya.

Hampir 2,000 peserta terdiri daripada kakitangan badan Islam negeri dan persekutuan dari seluruh negara menyertai Konvensyen Pengurusan Hal Ehwal Islam sempena IJPAM 2023 di negeri ini yang berlangsung selama enam hari bermula pada 30 September lalu hingga semalam. – SABAH MEDIA/FOTO JAPEN

RELATED ARTICLES
Utama

400 menara telekomunikasi di Sabah siap hujung tahun ini

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here

Most Popular