HomeIsu tempatan18 individu ditahan akibat merusuh di Labuan

18 individu ditahan akibat merusuh di Labuan

Read Time:1 Minute, 1 Second

LABUAN: Polis Labuan berjaya menahan 18 individu dipercayai terlibat dalam satu pergaduhan yang mengakibatkan kecederaan seorang mangsa di sini baru-baru ini.

Pemangku Ketua Polis Daerah
Wilayah Persekutuan Labuan, Deputi Superintenden Robin @ Ridzuan Ismail berkata, pihak polis telah menerima satu video tular berdurasi 22 saat memaparkan satu pergaduhan yang berlaku di kawasan luar gelanggang futsal di kawasan Jalan Tanjung Purun dekat sini.

“Kejadian dianggarkan berlaku pada jam lebih kurang 1.00 petang itu ketika perlawanan dua pasukan sedang berlangsung.

“Susulan kejadian tersebut, pihak polis telah berjaya menahan seramai 18 orang lelaki tempatan berusia antara 17- 32 tahun dan ditahan reman selama tiga hari untuk siasatan lanjut,” katanya dalam satu kenyataan media hari ini.

Menurut Robin, siasatan mendapati kejadian berlaku akibat provokasi antara penyokong dan pemain sehingga mencetuskan pergaduhan.

“Akibat kejadian itu, seorang mangsa mengalami kecederaan di bahagian kepala,” katanya.

Sehubungan dengan itu, beliau berkata, pihak polis meminta saksi kejadian tampil ke balai polis Labuan bagi memberikan keterangan.

Beliau turut menasihatkan masyarakat yang terlibat dalam sebarang program perlawanan agar bermain dengan semangat kesukanan dan mengekalkan keharmonian tanpa mengira bangsa dan agama.

“Kes disiasat di bawah Seksyen 147 Kanun Keseksaan kerana merusuh. Sabit kesalahan boleh dihukum penjara sehingga dua tahun atau denda atau kedua-dua sekali,” tegasnya.

RELATED ARTICLES
Isu tempatan

1,500 pengunjung meriahkan sambutan raya Pusat Alumni UMS

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here

Most Popular

Recent Comments

Marianah Haji Mohd. Akil on Ibu Ebi AF5 Meninggal Dunia
Just ada kaitan with gui family on Bermula Jual Aiskrim Kini Bergelar Usahawan Berjaya