HomeIsu tempatanPerkasa usaha bangunkan umat Islam- Ruslan

Perkasa usaha bangunkan umat Islam- Ruslan

Read Time:1 Minute, 22 Second

Papar: Pemimpin pelapis Pertubuhan Islam Seluruh Sabah (USIA) disaran agar terus memperkasakan lagi usaha bagi membangunkan umat Islam di negeri ini.  

Pembantu Menteri kepada Ketua Menteri, Datuk Ruslan Muharam berkata, USIA perlu menggerak dan mengukuhkan ukhuwah dalam kalangan ahli di peringkat bahagian dan daerah bagi memastikan organisasi yang berusia lebih lima dekad itu terus memainkan peranannya dengan berkesan. 

“Dengan kepimpinan baharu ini, kita melihat beberapa pembaharuan dalam pengurusan USIA dan perkembangan ini sangat positif untuk memastikan peranannya dapat diperkasakan lagi.

“Selain itu, USIA kini mengambil langkah untuk mengendali dan menguruskan aset-aset bernilai dengan baik, saya yakin USIA akan mampu menjana ekonomi untuk membantu golongan umat Islam,” katanya,

Beliau berkata demikian ketika ditemui selepas merasmikan Program Kembara Maulidur Rasul Sentuhan Kasih Usia dan Jelajah Tahsin Ibadah di MRSM Tan Sri Musa Aman di sini baru-baru ini.

Ruslan berkata, pihaknya berharap para pelapis kepimpinan dalam USIA hari ini akan cuba sedaya mungkin untuk membawa USIA ke ambang yang lebih maju dalam menyantuni para asnaf dan pembangunan umat Islam secara keseluruhannya.

Katanya, ia adalah selaras dengan semangat yang dicetuskan oleh Tun Mustapha Mustapha Datu Harun iaitu pengasas kepada USIA.

“Bagi pihak kerajaan negeri, kita merakamkan setinggi-tinggi penghargaan dan terima kasih kepada USIA yang telah banyak membantu kerajaan negeri untuk menyebarluas konsep Malaysia Madani di seluruh Sabah,” katanya

Program jelajah yang bermula dari Sipitang ke Papar itu merupakan anjuran bersama dengan beberapa jabatan serta agensi kerajaan seperti Jabatan Penerangan (JaPen), Polis DiRaja Malaysia (PDRM), Jabatan Penyiaran (RTM) dan Jabatan Hal Ehwal Agama Islam Negeri Sabah (JHEAINS).

RELATED ARTICLES
Isu tempatan

Penyertaan julung kali bawa tuah, Velvet Aduk dinobat juara CLAS-15

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here

Most Popular