HomeIsu tempatan318 pelajar B40 terima bantuan SBK Kumpulan Yayasan Sabah

318 pelajar B40 terima bantuan SBK Kumpulan Yayasan Sabah

Read Time:59 Second

Kota Kinabalu : Seramai 318 pelajar kurang berkemampuan dari beberapa buah sekolah menengah sekitar ibu negeri menerima bantuan di bawah Skim Bantuan Khas (SBK) Kumpulan Yayasan Sabah (KYS) di sini hari ini.

Majlis penyampaian sumbangan itu disempurnakan Pembantu Menteri kepada Ketua Menteri Datuk Abidin Madingkir di Menara Tun Mustapha pagi tadi.

Hadir sama, Pengarah Yayasan Sabah, Dato’ Sri Gulamhaidar @ Yusof Khan Bahadar.

Abidin berkata, bantuan yang disalurkan itu adalah sebagai satu usaha Kerajaan Sabah dalam meringankan beban keluarga pelajar terlibat termasuk ibu bapa yang menerima bantuan e-Kasih.

“Pada majlis ini seramai 318 pelajar yang berkemampuan dari Sekolah Menengah Kebangsaan (SMK) Bandaraya; SMK Inanam; SMK Kolombong; SMK Likas; SMK Sanzac dan SMK St Francis Convent menerima bantuan SBK KYS bagi tahun ini.

“Daripada jumlah itu, seramai 53 orang pelajar daripada setiap sekolah akan menerima bantuan tersebut. Setakat tahun ini sahaja, penerima keseluruhan bagi sumbangan ini untuk Zon Pantai Barat Selatan sahaja adalah seramai 954 orang pelajar,” katanya.

Abidin berkata, sumbangan yang diberikan KYS ini juga merupakan barangan yang diperlukan pelajar termasuklah tiga buku rujukan SPM dan juga kalkulator saintifik.

“Saya percaya dengan sumbangan ini sedikit sebanyak dapat memberi manfaat kepada para pelajar,” katanya. – SABAH MEDIA / FOTO KYS

RELATED ARTICLES
Isu tempatan

Kursus Pertanian Fertigasi perkenal sistem penanaman moden, tingkat pendapatan

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here

Most Popular