HomeIsu tempatanMuseum Festival 2023 alternatif pelihara warisan Sabah

Museum Festival 2023 alternatif pelihara warisan Sabah

Read Time:1 Minute, 0 Second

Kota Kinabalu : Penganjuran ‘Museum Festival’ 2023 berupaya mengumpulkan ciri budaya Sabah sebagai satu alternatif pemuliharaan serta pemeliharaan warisan negeri ini.

Menteri Pelancongan, Kebudayaan dan Alam Sekitar (KePKAS), Datuk Christina Liew berkata, festival tersebut merupakan penjenamaan semula program North Borneo Rainforest Festival yang diadakan pada tahun lepas dan dirancang sesuai dengan fungsi Jabatan Muzium Sabah.

“Sepertimana Enakmen Warisan Negeri 2017 yang menghendaki pemuliharaan dan pemeliharaan warisan negeri, tapak warisan, objek warisan, warisan kebudayaan ketara serta warisan kebudayaan tidak ketara, ianya menjadi dasar penting usaha kerajaan menjaga identiti negeri ini.

“Festival seperti ini bukan sahaja bertujuan untuk mengekalkan nilai budaya negeri tetapi dapat meletakkan warisan budaya leluhur diiktiraf dan dipandang seluruh lapisan masyarakat,” katanya selepas merasmikan Museum Festival 2023 yang diadakan di Kampung Warisan Fasa II, Kompleks Muzium, di sini.

Teks ucapan beliau dibacakan oleh Setiausaha Tetap I KePKAS, Mary Malangking.

Christina turut memberitahu usaha tersebut harus dikembangkan dengan menarik lebih banyak kerjasama luar agar nilai pencapaian dimaksimumkan kerana selain memberi pengetahuan kepada setiap lapisan pengunjung juga dapat menyemai semangat cintakan nilai kebudayaan.

Hadir sama, Timbalan Setiausaha Tetap II KePKAS, Alesia Sion, Timbalan Ketua Pengarah (Dasar) Jabatan Muzium Malaysia, Mohamad Shawali Badi dan Timbalan Pengarah II Jabatan Muzium Negeri Sabah, Lester John Millip.

RELATED ARTICLES
Isu tempatan

Maritim Malaysia tahan bot lakukan aktiviti pemindahan minyak tanpa kebenaran

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here

Most Popular