HomeIsu tempatanIPG Kampus Ilmu Khas kunjungi Dr Amin

IPG Kampus Ilmu Khas kunjungi Dr Amin

Read Time:1 Minute, 8 Second

KOTA KINABALU: Pengerusi Majlis Penasihat Pendidikan Kebangsaan (MPPK), Datuk Dr Amin Senin menerima kunjungan hormat daripada pensyarah Institut Pendidikan Guru ( IPG) Kampus Ilmu Khas, Bandar Tun Razak, Kuala Lumpur yang diketuai oleh Pengarahnya, Dr Faridah Yakob di pejabatnya di Sembulan, kelmarin.

Dr Amin sempat berbincang panjang mengenai Pedagogi Sukar yang dipelopori dan dibangunkan oleh pensyarah-pensyarah IPG Kampus Ilmu Khas bersama pensyarah cemerlang dan guru cemerlang di seluruh negara.

Sesi perbincangan diyakini membantu memantapkan pembangunan Pedagogi Sukar di negara ini. Dr Amin yang juga bekas Ketua Pengarah Pendidikan turut menerima buku 77 kaedah dan teknik Pedagogi Sukar yang dihasilkan oleh gabungan Pensyarah Cemerlang dan Guru Cemerlang terbabit.

Antara halangan dan cabaran yang dihadapi termasuklah pemahaman isi kandungan, infra dan infostruktur, peraturan dan undang-undang, intrapersonal, kurang minat belajar, komuniti serta bahasa, etnik dan budaya.

Tahun lalu, kumpulan pensyarah terbabit menjayakan program Outreach Pedagogi Sukar anjuran Majlis Pensyarah Cemerlang (MPC) IPG Kampus Ilmu Khas, Institut Pendidikan Guru Malaysia (IPGM) dan Majlis Guru Cemerlang Malaysia antaranya di kawasan pulau terpencil di Semporna, selain di Kiulu, Tuaran dan Pulau Gaya, di sini.

Program berkenaan bertujuan mengumpul idea, kaedah dan teknik Pengajaran dan Pembelajaran (PdP) bagi membantu para pendidik yang berhadapan dengan pedagogi berhalangan.

Turut bekerjasama dalam program ini ialah IPG Kampus Kent dan IPG Kampus Gaya. Dr Amin turut dijemput menjadi ahli panel Bicara Eksklusif di IPG Kampus Kent.

RELATED ARTICLES
Isu tempatan

Petugas Tabung Darah digesa tingkat kemahiran, pengetahuan demi keselamatan pesakit

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here

Most Popular