HomeIsu tempatanEnam graduan KTYS dapat tajaan biasiswa penuh Yayasan Al Bukhary sambung pengajian

Enam graduan KTYS dapat tajaan biasiswa penuh Yayasan Al Bukhary sambung pengajian

Read Time:52 Second

KOTA KINABALU: Seramai enam pelajar cemerlang graduan Kolej Teknologi Yayasan Sabah (KTYS) 2023 terpilih mendapat tajaan biasiswa penuh daripada Yayasan Al Bukhary untuk menyambung pengajian ke peringkat Ijazah selama tiga tahun di Al Bukhary International University, Alor Setar, Kedah.

Ketua Pegawai Eksekutif Haji Samin Ongki mengucapkan syabas dan tahniah kepada pelajar-pelajar yang mendapat tawaran pengajian dengan tajaan biasiswa penuh Yayasan Al Bukhary.

“Mereka yang terpilih adalah graduan sulung KTYS yang berpeluang ke universiti itu dengan tajaan biasiswa penuh Yayasan Al Bukhary.

“Manakala Yayasan Sabah menaja tiket penerbangan sektor BKI – KLIA – Alor Setar. Mereka bertolak pada jam 7.20 pagi tadi (17 Nov) dengan menaiki penerbangan Malaysia Airlines,” katanya ketika dihubungi Sabah Media hari ini selepas mengalu-alukan pelepasan keenam-enam pelajar itu di Lapangan Terbang Antarabangsa Kota Kinabalu pagi tadi.

Haji Samin berkata, enam pelajar itu menyambung pengajian di peringkat ijazah dalam bidang Pendidikan Awal Kanak-Kanak.

“Mereka yang terpilih ialah Remijius Jessim Junior Remijius Jessim, Fazenurwarni Chawfa, Dayang Norfrida Datu Akmadun, Nellyta Albert, Jennie Jenevy dan Jenny Ervielly Tony,” katanya.

RELATED ARTICLES
Isu tempatan

Petugas Tabung Darah digesa tingkat kemahiran, pengetahuan demi keselamatan pesakit

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here

Most Popular