HomeIsu tempatanMaritim Malaysia patahkan aktiviti bom ikan

Maritim Malaysia patahkan aktiviti bom ikan

Read Time:1 Minute, 19 Second

Lahad Datu: Dua bot pam yang sedang melakukan aktiviti mengebom ikan berjaya ditahan lebih kurang 0.1 batu nautika di kawasan Selatan Pantai Bangingod, Lahad Datu di sini semalam.

Pengarah Zon Maritim Lahad Datu, Komander Maritim Nik Mohd Rizam Nik Mohd Fauzi berkata, rondaan yang dilaksanakan pihaknya telah berjaya mengesan dua buah bot pam berwarna biru coklat dan merah biru melalui aduan awam lebih kurang jam 1.40 tengah hari pada hari yang sama.

“Hasil pemeriksaan mendapati bot berkenaan telah melakukan kesalahan di bawah Akta Perikanan 1985, Seksyen 26 (menangkap ikan menggunakan bahan letupan, racun dan sebagainya).

“Kita turut mendapati, empat kru bot warga Filipina yang berusia antara 18 tahun hingga 35 tahun itu tidak mempunyai dokumen pengenalan diri yang sah dan tidak memiliki lesen serta nombor pendaftaran yang sah,” katanya dalam kenyataan di sini hari ini.

Nik Mohd Rizam berkata, turut dirampas adalah dua buah enjin bot, satu penyauk ikan, lima ekor ikan disyaki hasil dari bom dan sebotol bom ikan.

Katanya, komuniti maritim terutamanya di Sabah diingatkan agar tidak melakukan aktiviti bom ikan kerana aktiviti ini bukan sahaja salah di sisi undang-undang malah membawa kesan negatif kepada ekosistem akuatik dan juga membahayakan nyawa serta aktiviti menyelam.

“Zon Maritim Lahad Datu memohon kepada masyarakat khususnya komuniti maritim di kawasan Lahad Datu agar terus memberi kerjasama dengan melaporkan jika terdapat sebarang maklumat berkaitan kes berkenaan mahupun sebarang salah laku atau kegiatan jenayah yang berlaku di laut kepada Maritim Malaysia di talian 089-885727 (Pusat Operasi Lahad Datu) dan talian MERS 999 yang beroperasi 24 jam,” katanya. – SABAH MEDIA / FOTO MARITIM MALAYSIA

RELATED ARTICLES
Isu tempatan

NDRC UMS perkukuh pengurusan bencana bersama pihak berkuasa tempatan

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here

Most Popular