HomeIsu tempatanPesanan makanan dalam UMS kini boleh menggunakan aplikasi "pkh"

Pesanan makanan dalam UMS kini boleh menggunakan aplikasi “pkh”

Read Time:1 Minute, 12 Second

Kota Kinabalu : Warga Universiti Malaysia Sabah (UMS) kini boleh membuat pesanan makanan menggunakan aplikasi dari premis makanan yang beroperasi di dalam universiti itu.

Aplikasi “pkh” dihasilkan sebuah syarikat tempatan membolehkan pelanggan membuat pesanan makanan untuk ambil sendiri (self pick up) atau secara penghantaran.

Bagi perkhidmatan penghantaran dilakukan oleh pelajar UMS dan ini membolehkan mereka mendapat pendapatan.

Pelancaran aplikasi ini dilakukan semalam di UMS yang disempurnakan oleh Pegawai Kanan Psikologi Jabatan Hal Ehwal Pelajar UMS Jumrat Minsun mewakili Timbalan Naib Cancelor (Hal Ehwal Pelajar) UMS Prof Madya Dr Raman Noordin.

Hadir sama, Pengarah Urusan PKH Group Pkhruddin Bian dan Timbalan Presiden Majlis Perwakilan Pelajar Teoh Kok Teo.

Jumrat dalam ucapannya berkata UMS adalah universiti pertama di negara ini menyediakan aplikasi pesanan makanan di dalam kawasan universiti.

Katanya pihak UMS menghargai pihak PKH kerana memiliki UMS untuk melancarkan aplikasi ini.

Beliau berkata penggunaan aplikasi ini akan memudahkan warga UMS untuk membuat pesanan makanan dan pada masa sama memberi pendapatan kepada pelajar yang mendaftar sebagai penghantar makanan.

“Pelancaran aplikasi ini dapat memperkasakan penggunaan teknologi dalam kehidupan seharian yang memudahkan pelajar dan staf UMS untuk membeli makanan,” katanya

Menurutnya ini menjimatkan masa daripada kesesakan dan menunggu untuk membeli makanan di premis makanan dalam UMS.

Dalam pada itu, Pkhruddin berkata ini adalah pembabitan pertama syarikat itu dalam penyediaan aplikasi perkhidmatan pesanan makanan.

Katanya konsep ini akan diperluaskan di kampus UMS di Labuan dan Sandakan. Pada masa ini, aplikasi ini boleh dimuat naik di google play.

RELATED ARTICLES
Isu tempatan

Cubaan tangkap ikan guna bahan letupan berjaya digagalkan

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here

Most Popular