HomeIsu tempatanSeorang individu didenda RM50,000 selepas seleweng 17,195 liter diesel

Seorang individu didenda RM50,000 selepas seleweng 17,195 liter diesel

Read Time:1 Minute, 18 Second

Kota Kinabalu : Seorang individu telah dijatuhkan hukuman denda sebanyak RM50,000 atau 30 hari penjara jika gagal membayar denda oleh Mahkamah Sesyen Kota Kinabalu pada 13 Disember lalu kerana menyeleweng 17,195 liter diesel.

Hakim Mahkamah Sesyen Kota Kinabalu, Yang Arif Noor Hafizah Mohd Salim menjatuhkan hukuman itu terhadap Manogaran a/l Supaya, 67, selepas mengaku bersalah terhadap pertuduhan dibacakan.

Mahkamah juga telah memerintahkan agar hasil jualan ekshibit bagi kes ini iaitu sebanyak RM37,141.20 dijadikan sebagai hasil kerajaan.

Pendakwaan bagi kes ini telah dikendalikan Thomas Chua serta dibantu oleh Kenny Jaikol Yangah selaku Pegawai Pendakwa, Kementerian Perdagangan Dalam Negeri Dan Kos Sara Hidup (KPDN) Sabah.

Berdasarkan pertuduhan, Manogaran didakwa kerana memiliki barang kawalan berjadual iaitu minyak diesel berjumlah 17,195 liter di sebuah stor tidak bernombor di kampung Kionsom, Inanam pada 27 Februari 2023 yang menimbulkan syak munasabah dan telah melanggar Peraturan 18(1) Peraturan-Peraturan Kawalan Bekalan (Pindaan) 2021, dibaca bersama Seksyen 21 Akta Kawalan Bekalan 1961 iaitu dalam perjalanan perniagaan telah menggunakan dan mengambil barang berjadual iaitu minyak diesel melebihi had kuantiti 20 liter yang dinyatakan dalam Ruang 2 Jadual Bahagian IV Peraturan yang sama.

Dalam pada itu, KPDN dalam kenyataan mengingatkan agar mana-mana individu yang menjalankan apa-apa perdagangan atau perniagaan dan ada dalam milikannya barang kawalan diesel ataupun petrol melebihi 20 liter mestilah mempunyai dokumen kebenaran dan lesen yang sah daripada Pengawal Bekalan untuk menyimpan barang kawalan.

KPDN sentiasa mengalu-alukan sebarang maklumat serta aduan berkaitan salah laku peniaga.

Pengguna juga boleh menyalurkan aduan menerusi saluran-saluran aduan yang telah disediakan.

RELATED ARTICLES
Isu tempatan

Petugas Tabung Darah digesa tingkat kemahiran, pengetahuan demi keselamatan pesakit

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here

Most Popular