HomeSukanSAGA X : Sandakan dominasi pingat emas

SAGA X : Sandakan dominasi pingat emas

Read Time:43 Second

Kota Kinabalu : Sandakan menambah dua lagi pingat emas menerusi acara Ping Pong individu masing-masing bagi kategori Lelaki dan Wanita pada temasya Sukan Sabah ke-10 (SAGA X) di sini hari ini.

Pertandingan yang berlangsung di Dewan Perdana Maksak Likas itu turut menyaksikan Sandakan berjaya mengutip pingat emas menerusi acara Ping Pong kategori Bergu Wanita semalam.

Selain itu, Sandakan turut berjaya mengutip pingat Perak bagi acara Ping Pong individu dalam kategori Lelaki dan Perempuan.

Beberapa jenis sukan turut berlangsung pada hari ini antaranya Bola Sepak; Pencak Silat; dan Sepak Takraw.

Esok lima lagi pingat emas ditawarkan menerusi acara memanah dan berbasikal.

Dua daripadanya menerusi memanah compound division Distance 1 – 50 meter masing-masing bagi kategori Lelaki dan Perempuan.

Selain itu, tiga lagi emas menerusi acara berbasikal ujian masa perseorangan bagi kategori Lelaki dan Perempuan dan acara ujian masa berpasukan kategori Lelaki. – SABAH MEDIA

RELATED ARTICLES
Sukan

Sabah FC perlu penyerang baharu, atasi bahagian serangan

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here

Most Popular