HomeIsu tempatanWanita ditemui meninggal dunia dalam kenderaan

Wanita ditemui meninggal dunia dalam kenderaan

Read Time:49 Second

PENAMPANG: Seorang wanita ditemui tidak sedarkan diri dipercayai telah meninggal dunia dalam sebuah kenderaan di parkir sebuah pusat membeli belah di sini awal pagi tadi (16 Dis).

Ketua Polis Daerah Penampang, Superintenden Sammy Newton mengesahkan pada jam 7.15 pagi tadi pihak polis telah menerima satu maklumat awam yang menjumpai seorang wanita tidak sedarkan diri dalam sebuah kenderaan di lokasi kejadian.

Sammy berkata, hasil siasatan awal pihak polis di lokasi kejadian mendapati seorang wanita tempatan berumur 39 tahun berada dalam keadaan tidak sedarkan diri di bahagian tempat duduk pemandu sebuah kenderaan.

“Mangsa disahkan telah meninggal dunia oleh pegawai perubatan yang bertugas dan mayat mangsa telah dibawa ke Jabatan Forensik Hospital Queen Elizabeth untuk bedah siasat,” katanya dalam satu kenyataan media hari ini.

Menurut Sammy, pihak polis turut mengesahkan bahawa tidak terdapat sebarang unsur jenayah di lokasi kejadian dan kes diklasifikasikan sebagai mati mengejut (SDR).

Beliau turut menasihatkan orang ramai agar tidak menularkan gambar mangsa dan info yang tidak sahih bagi menjaga sensitiviti keluarga.

RELATED ARTICLES
Isu tempatan

Petugas Tabung Darah digesa tingkat kemahiran, pengetahuan demi keselamatan pesakit

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here

Most Popular