HomeIsu tempatanLebih 100 ahli koperasi sertai Seminar Pendigitalan Koperasi

Lebih 100 ahli koperasi sertai Seminar Pendigitalan Koperasi

Read Time:1 Minute, 36 Second

Kota Kinabalu : Lebih 100 ahli koperasi di bawah Suruhanjaya Koperasi Malaysia (SKM) sekitar Kota Kinabalu dan Tawau telah menyertai Seminar Pendigitalan Koperasi di sini baru-baru ini.

Seminar sehari anjuran MYNIC Berhad (MYNIC) dengan kerjasama SKM Negeri Sabah itu merupakan salah satu inisiatif MYNIC untuk memperkasa usahawan dikalangan ahli koperasi dalam meningkatkan kapasiti serta keupayaan perniagaan mereka dari ‘offline’ ke ‘online’.

MYNIC, agensi di bawah Kementerian Komunikasi dan Digital (KKD) merupakan agensi teknikal yang mengurus, mentadbir, mempromosi dan mengembangkan penggunaan nama  domain .MY di Malaysia dan peringkat antarabangsa. 

Pada November 2022, MYNIC menerusi perjanjian persefahaman (MoU) bersama SKM telah memperkenalkan domain COOP.MY sebagai identiti digital khas kepada koperasi yang berdaftar dengan SKM seluruh negara. 

MYNIC, sebagai rakan strategik dalam penyelenggaraan seminar ini, telah menyediakan pelbagai latihan termasuk Latihan Pembangunan Premis Digital yang bertujuan memberikan pengetahuan dan kemahiran kepada peserta dalam menerajui cabaran pendigitalan perniagaan. 

Salah satu pengisian utama seminar ini adalah Pocket Talk yang bertujuan untuk memberi pendedahan yang komprehensif mengenai kepentingan penggunaan salah satu aset digital negara iaitu, nama domain COOP.MY.

Selain itu, peserta turut didedahkan dengan strategi pendigitalan yang efektif sejajar dengan aspirasi cabang ekonomi Malaysia Madani.

Para peserta juga ditekankan mengenai keterjaminan dan keselamatan dalam membina laman sesawang menggunakan COOP.MY. 

MYNIC akan memastikan pengesahan maklumat pendaftar yang sahih dan tulen sebelum meneruskan proses pendaftaran.

Langkah ini dapat mengurangkan risiko penipuan dan penyalahgunaan nama domain .MY. 

Tambahan lagi, proses ini dapat meningkatkan keyakinan pengguna serta membina profesionalisme kepada pemilik domain tersebut.

Selain dari Sabah, MYNIC juga telah mengadakan sesi latihan yang sama kepada usahawan koperasi di Melaka, Terengganu, Kedah dan juga Kuching, Sarawak sepanjang tahun 2023 ini. 

Di harap matlamat MYNIC untuk terus memainkan peranan yang sewajarnya sebagai salah satu pembolehupaya di dalam ekosistem ekonomi digital dapat membantu usahawan, khususnya Perusahaan Mikro, Kecil dan Sederhana (PMKS) untuk mengembangkan jenama produk mereka dari Malaysia melangkau ke peringkat antarabangsa.

RELATED ARTICLES
Isu tempatan

DBKK berjaya lupuskan 97 tan sampah

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here

Most Popular