HomeUtamaDr Sabin Samitah dilantik Datuk Bandar Kota Kinabalu

Dr Sabin Samitah dilantik Datuk Bandar Kota Kinabalu

Read Time:35 Second

KOTA KINABALU: Ketua Menteri Datuk Seri Hajiji Noor menyerahkan surat pelantikan kepada Dato’ Sri Dr Sabin Samitah sebagai Datuk Bandar Kota Kinabalu yang baharu hari ini.

Dato’ Sri Dr Sabin Samitah

Berasal dari Ranau, Dr Sabin, 63, menggantikan Datuk Noorliza Awang Alip sebagai Datuk Bandar ke-7 sejak Kota Kinabalu dinaiktaraf menjadi bandaraya 23 tahun lalu.

Jawatan terakhir Dr Sabin adalah sebagai Ketua Pengarah, Pusat Pencegahan Jenayah Kewangan Nasional (NFCC) di Jabatan Perdana Menteri.

Sebelum itu beliau adalah Ketua Pegawai Eksekutif Lembaga Hasil Dalam Negeri.

Hadir pada majlis ringkas tersebut ialah Menteri Pembangunan Industri dan Keusahawanan Datuk Phoong Jin Zhe, Pembantu Menteri kepada Ketua Menteri Datuk Abidin Madingkir dan Setiausaha Kerajaan Negeri Datuk Seri Sr Safar Untong.

RELATED ARTICLES
Utama

15 kes kecurian elektrik, SESB kerugian lebih RM3 juta

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here

Most Popular