HomeIsu tempatanMaritim Malaysia tahan bot kargo bawa barang kawalan lebih muatan

Maritim Malaysia tahan bot kargo bawa barang kawalan lebih muatan

Read Time:1 Minute, 3 Second

Tawau : Sebuah bot kargo yang membawa muatan barang kawalan yang melebihi had dibenarkan berjaya ditahan Agensi Penguatkuasaan Maritim Malaysia (Maritim Malaysia) di kedudukan 0.89 batu nautika Utara Sungai Melayu, di sini ja 5.30 petang semalam.

Pengarah Zon Maritim Tawau, Kepten Maritim Shahlizan Raman berkata, dalam operasi yang dijalankan pihaknya berjaya menahan sebuah bot kargo bersama dua warga tempatan yang membawa muatan beras dan gula melebihi had yang telah dibenarkan.

“Hasil pemeriksaan mendapati juragan dan kru bot disyaki melakukan kesalahan dibawah Akta Kastam 1967, membawa barang melebihi menifest dan Enakmen Jabatan Pelabuhan dan Dermaga Sabah 2002 iaitu membawa tiga tan beras dan 3.5 tan gula dengan rampasan dianggarkan berjumlah RM60,000 selain turut gagal mengemukakan lesen bot.

“Bot kargo bersama juragan dan kru telah dibawa jeti dan diserahkan kepada pegawai penyiasat untuk tindakan selanjutnya,” katanya dalam kenyataan di sini hari ini.

Shahlizan berkata, Maritim Malaysia akan terus meningkatkan rondaan dan penguatkuasaan di sekitar perairan negara dan tidak akan berkompromi dengan mana-mana pihak yang cuba menghalang tugas anggota Maritim Malaysia.

Katanya, orang awam juga diseru untuk memberikan kerjasama dengan menyalurkan sebarang maklumat salah laku jenayah yang berlaku di laut kepada Zon Maritim Tawau ditalian 089- 752116 atau hubungi MERS 999 yang beroperasi 24 jam. – SABAH MEDIA / FOTO MARITIM MALAYSIA

RELATED ARTICLES
Isu tempatan

UMS terap ilmu teknologi digital ekopelancongan kepada komuniti

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here

Most Popular