HomeIsu tempatanKYS bersama rakyat menerusi MCS

KYS bersama rakyat menerusi MCS

Read Time:41 Second

Kota Kinabalu : Kumpulan Yayasan Sabah (KYS) bersama lebih 30 jabatan dan agensi Kerajaan Persekutuan dan negeri baru-baru ini menyertai program Perkhidmatan Komuniti Bergerak (MCS).

Program dua hari berakhir semalam itu adalah anjuran Perbendaharaan Malaysia Sabah dan telah diadakan bertempat di Sekolah Kebangsaan (SK) Tampios dan di SK Tibabar, Ranau.

Dalam program ini, KYS menawarkan beberapa perkhidmatan untuk orang ramai antaranya peluang melanjutkan pengajian di Kolej Teknologi Yayasan Sabah (KTYS) dan University College Sabah Foundation (UCSF). 

Program MCS merupakan salah satu usaha kerajaan secara bersepadu untuk mendekatkan rakyat kepada pelbagai jenis perkhidmatan di lapangan khususnya di luar bandar dan pedalaman yang berhadapan dengan isu-isu kebolehcapaian. 

Menerusi program ini, KYS dapat merakyatkan perkhidmatan masyarakat setempat menerusi akses dan informasi mengenai aktiviti pendidikan dan pembangunan kapasiti yang diterajui oleh Kumpulan Yayasan Sabah. – SABAH MEDIA / FOTO KYS

RELATED ARTICLES
Isu tempatan

Cubaan tangkap ikan guna bahan letupan berjaya digagalkan

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here

Most Popular