HomeIsu tempatanPenantian lebih 30 tahun penduduk mendapat bekalan air akhirnya tercapai

Penantian lebih 30 tahun penduduk mendapat bekalan air akhirnya tercapai

Read Time:1 Minute, 43 Second

Beaufort : Penantian lebih 30 tahun penduduk di tiga buah kampung di sini bagi mendapatkan bekalan air bersih akhirnya tercapai selepas kemudahan itu mula disalurkan sejak pertengahan  tahun 2023.

Antara kampung yang mendapat manfaat itu adalah di Kampung Mentulud Laut; Kampung Nelayan Baru dan Kampung Mentulud Ulu.

Selain menikmati bekalan air bersih, penduduk di kampung terlibat juga turut mendapat kemudahan talian selular selain dewan perpaduan DHRM di Kampunt Mentulud yang kini dalam proses pembinaan.

Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Lumadan Datuk Ruslan Muharam berkata, dengan adanya bekalan air bersih dan kemudahan lain yang ada itu diyakini mampu memberi manfaat kepada penduduk kampung dan sekitarnya.

“Pada pertengahan 2023 iaitu tahun lalu,  air paip telah kita dapat salurkan kepada tiga buah kampung dan alhamdulilah kini masyarakat kampung telah dapat menikmati air bersih.

“Selain air, mereka juga sekarang turut menikmati kemudahan talian selular yang selama ini memang mempunyai kesukaran untuk berhubung dan sebagainya.

“Begitu juga dewan yang mana dahulunya sangat usang dan kita telah pun berusaha untuk mendapatkan dewan baharu dan dewan tersebut telah siap lebih kurang 80 peratus insyaAllah.  Ianya dijangka siap sepenuhnya pada tahun ini. Sudah pasti ini semua akan dapat memberi manfaat kepada penduduk setempat,”katanya.

Beliau berkata demikian ketika ditemui selepas mengadakan lawatan kerja dan tinjauan ke beberapa buah kampung terlibat yang telah mendapat bekalan air di sini semalam.

Ruslan yang juga Pembantu Menteri kepada Ketua Menteri berkata, sebaik dipilih menjadi wakil rakyat pada 2020, antara fokus utama yang akan diselesaikan oleh beliau adalah melibatkan isu air di kawasan Dewan Undangan Negeri (DUN) Lumadan.

“Saya mula membawa isu ini ke DUN Sabah pada Mac 2021 dan Kerajaan pimpinan Ketua Menteri Datuk Seri Hajiji Noor telah mengambil tindakan segera apabila mengarahkan semua takungan ataupun tangki takungan air yang berada di DUN Lumadan diselenggara dan  juga beberapa batang paip yang rosak telah diperbaharui

“Alhamdulilah difahamkan dipenghujung tahun 2022 semua air bersih dpt disalurkan,  95 peratus dikawasan Lumadan isu air telah pun selesai dan beberapa kampung lagi belum ada air disebabkan sedang menunggu untuk pembinaan batang paip yang baru,” katanya. – SABAH MEDIA

RELATED ARTICLES
Isu tempatan

PKK Biz @ Akademia catat lebih RM20,000 nilai jualan

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here

Most Popular