HomeIsu tempatanOrang ramai dipelawa hadir Karnival Kerjaya Peringkat Zon Borneo

Orang ramai dipelawa hadir Karnival Kerjaya Peringkat Zon Borneo

Read Time:55 Second

Kota Kinabalu : Orang ramai dipelawa untuk hadir memeriahkan Karnival Kerjaya MyFutureJobs @ MOHE Zon Borneo 2024 yang akan diadakan pada Sabtu ini.

Karnival anjuran Pusat Kerjaya dan Pembangunan Keusahawanan Pelajar (PKPKP) Universiti Malaysia Sabah (UMS) dengan kerjasama Pertubuhan Keselamatan Sosial (PERKESO) dan Jabatan Pembangunan Sumber Manusia (JPSM) Sabah itu akan berlangsung di Pusat Konvensyen Antarabangsa Sabah (SICC) di sini.

PKPKP dalam satu kenyataan berkata, karnival itu adalah bertujuan untuk membuka peluang pekerjaan kepada warga Sabah khususnya graduan tahun 2023.

Program tersebut juga antara lain menjadi platform untuk mengukuhkan kerjasama industri dan universiti dalam usaha meningkatkan kadar kebolehpasaran graduan negeri Sabah.

“Sebanyak 25 majikan dengan lebih 200 kekosongan, sepuluh pameran agensi dan 20 gerai usahawan tempatan akan menjayakan karnival kerjaya ini.

“Di samping itu, pelbagai aktiviti menarik turut disediakan seperti cabutan bertuah, forum serta ceramah berkaitan kerjaya,” tambah kenyataan itu.

Majlis perasmian program tersebut akan disempurnakan oleh Timbalan Menteri Pendidikan Tinggi, Datuk Ts. Mustapha Sakmud.

Orang ramai dijemput hadir untuk peluang temu duga daripada majikan yang turut serta pada karnival ini.

Sebarang maklumat lanjut, boleh menghubungi urus setia ditalian 016-4850989 atau 011-72568698. – SABAH MEDIA

RELATED ARTICLES
Isu tempatan

Maritim Malaysia tahan bot lakukan aktiviti pemindahan minyak tanpa kebenaran

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here

Most Popular