HomeUtamaBantu usaha kerajaan majukan Sabah

Bantu usaha kerajaan majukan Sabah

Read Time:1 Minute, 53 Second

Kota Kinabalu: Gabungan Persatuan-Persatuan Foochow Sabah dan Labuan yang kini mempunyai 11 buah ahli gabungan digesa bersama-sama membantu usaha kerajaan memajukan negeri Sabah.

Ketua Menteri, Datuk Seri Hajiji Noor berkata, masyarakat Foochow telah banyak menyumbang kepada pembangunan ekonomi negeri Sabah melalui perdagangan dan perniagaan.

Sehubungan itu beliau berharap masyarakat Foochow terus berusaha untuk mencapai kecemerlangan dalam pelbagai bidang yang diceburi, terutama dalam membantu pemulihan ekonomi selepas Pandemik COVID-19.

“Saya ingin melihat Gabungan Persatuan-Persatuan Foo Chow Sabah dan Wilayah Persekutuan Labuan melakukan lebih banyak lagi dan terus menyokong usaha kerajaan negeri untuk memulihkan ekonomi negeri ini, termasuk dalam menjayakan pelan pembangunan Hala Tuju Sabah Maju Jaya (SMJ),” katanya.

Beliau berkata demikian pada Majlis Makan Malam Sambutan Perayaan Tahun Baru Cina 2024 dan Majlis Angkat Sumpah Ahli-Ahli Jawatankuasa Kepimpinan (2023-2025) Penggal Ke-4, Gabungan Persatuan-Persatuan Foochow Sabah dan Wilayah Persekutuan Labuan di Dewan Port View Palace, Wisma Hakka di sini semalam.

Hajiji berkata, gabungan itu merupakan antara organisasi masyarakat Cina terbesar di Sabah yang menghimpunkan pelbagai kekuatan dapat terus memperkukuhkan perpaduan khususnya dalam kalangan ahli dan bersama-sama membawa pembangunan dan perubahan bukan saja kepada komuniti Cina malah rakyat Sabah secara keseluruhannya.

Katanya, Kerajaan Negeri sentiasa memberi sokongan kepada semua persatuan tanpa mengira bangsa dan agama agar dapat bekerjasama dengan kerajaan untuk membangunkan rakyat dan negeri ini.

Tambahnya lagi, Kerajaan Negeri juga sentiasa menekankan dasar keadilan dan kesaksamaan dalam semua aspek serta sentiasa membantu rakyatnya tanpa mengira bangsa dan agama.

“Ini jelas kerana dalam Belanjawan Sabah tahun 2024, Kerajaan Negeri memperuntukkan sebanyak RM56.75 juta untuk pembangunan badan-badan keagamaan bukan Islam, sekolah mubaligh, sekolah jenis kebangsaan dan persendirian,” katanya.

Hajiji berkata, semangat perpaduan merupakan tunjang kejayaan masyarakat Foochow dalam pelbagai bidang, malah Foochow juga terkenal sebagai masyarakat yang tabah serta pintar dalam perniagaan dengan terbabit dalam sektor pembinaan, pembangunan hartanah, infrastruktur, perladangan, perhutanan, farmasi dan juga perkhidmatan professional.

Katanya, hampir semua bidang telah diterokai dan diceburi oleh masyarakat Foochow, sekali gus memberi impak kepada pembangunan dan kemajuan fizikal dan modal insan di negeri Sabah.

“Mereka telah berjaya melahirkan usahawan-usahawan terkenal serta golongan professional yang kompeten. Kegigihan, kejayaan dan budaya kerja yang diamalkan oleh masyarakat Foochow wajar dicontohi oleh kaum-kaum lain di negeri ini,”‘ katanya. – SABAH MEDIA / FOTO JKM

RELATED ARTICLES
Utama

Mayat lelaki warga Sweden ditemui dalam kapal pelayaran

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here

Most Popular