HomePolitikKemas kini data maklumat pengundi di kawasan PDM masing-masing - Redonah

Kemas kini data maklumat pengundi di kawasan PDM masing-masing – Redonah

Read Time:2 Minute, 8 Second

PENAMPANG : Ketua Wanita Parti Gagasan Rakyat Sabah (Gagasan Rakyat) Datuk Redonah Bahanda menggesa ketua-ketua cawangan dan ketua-ketua PDM (Pusat Daerah Mengundi) supaya mengemas kini data maklumat pengundi di kawasan PDM masing-masing.

Menurut Redonah, ia adalah penting bagi Wanita Gabungan Rakyat Sabah (GRS) melaksanakan gerak kerja dari awal.

“Pilihan Raya Negeri ke-17 (PRN-17) akan datang pastinya medan tempur yang paling sengit kepada semua.

“Setiap daripada kita mempunyai tanggungjawab paling besar dalam memastikan kemenangan kepada parti GRS.

“Oleh itu, setiap Wanita cawangan GRS perlu bergerak dari awal bagi menambah keahlian kerana ini adalah nadi kemenangan kita pada pilihan raya akan datang,” katanya.

Beliau berkata demikian pada majlis siri jelajah Pergerakan Wanita GRS Bahagian Moyog di Penampang semalam.

Redonah yang juga Setiausaha Politik kepada Ketua Menteri Sabah mahu rakyat dapat memahami bahawa kerajaan GRS bukan sekadar parti memerintah tetapi parti yang berkhidmat kepada rakyat.

“Saya yakin rakyat akan terus memberi sokongan kepada GRS pada pilihan raya akan datang.

“Meskipun kerajaan negeri sudah berubah parti pemerintah, namun rakyat faham bahawa GRS adalah parti terbaik pada masa ini untuk masa depan dan kesejahteraan rakyat.

“Kita yakin dengan pengalaman yang ada, kita mampu menarik para pengundi untuk kekal bersama kita di bawah pimpinan parti GRS.

“Pemimpin kita, Datuk Seri Panglima Hajiji Haji Noor menubuhkan parti berasaskan perjuangan negeri Sabah. Ini membolehkan kita lebih mudah memperjuangkan hak-hak kita di sini,” katanya.

Hadir sama Ketua Wanita GRS Moyog, Viola Dompok; Penolong Setiausaha, Floriska Francis; Penolong Bendahari, Betty Jamit; Ketua Penerangan, Brinda Aaron serta ahli jawatankuasa Wanita Gagasan Rakyat Moyog.

Redonah berkata, pengundi wanita khususnya di DUN Moyog juga pada masa kini tidak mempunyai masalah untuk terus kekal bersama-sama GRS dan menyokong segala dasar yang dilaksanakan.

“Kita menubuhkan GRS supaya kuasa yang ada benar-benar dapat dimanfaatkan untuk mengembalikan hak Sabah yang semuanya ada termaktub dalam perjanjian sebelum ini.

“Banyak hak-hak kita dinafikan sebelum ini, sekarang Hajiji mahu meletakkan Sabah balik kepada konsep Sabah seperti Sabah Maju Jaya kerana itulah semangat yang perlu kita ada,” tegas beliau.

Beliau berkata, masih banyak perjuangan yang perlu dilakukan oleh kepimpinan kerajaan negeri seperti menyediakan kemudahan asas jalan raya, bekalan air bersih dan sebagainya.

“Masih banyak kawasan di kampung-kampung yang ada masalah, bekalan elektrik kerap terputus dan sebagainya. Kita kena selesaikan agar rakyat dapat merasaikan perubahan dan akhirnya mampu memberi keselesaan kepada mereka,” tambah beliau.

Sementara itu, Redonah turut melawat keluarga mangsa kebakaran yang melibatkan enam buah rumah membabitkan lapan keluarga di Kampung Timpoluon Babagon, Penampang. Musibah kebakaran itu berlaku pada Jumaat lepas (19 Jan).

RELATED ARTICLES
Utama

JENDELA : Sabah harap 60 peratus menara telekomunikasi siap dipasang hujung...

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here

Most Popular