HomeUtamaSabah Catat 400 Kes Demam Denggi Terkumpul

Sabah Catat 400 Kes Demam Denggi Terkumpul

Read Time:2 Minute, 5 Second

Selama 25 hari dalam bulan Januari, kes terkumpul demam denggi di Sabah telah mencatat angka 400 kes. Menurut Unit Kawalan Penyakit Bawaan Vektor (RKPBV) Denggi Jabatan Kesihatan Negeri Sabah, kes demam denggi dicatatkan di 25 daerah di Sabah mencatatkan angka sejumlah 497 kes terkumpul pada 25 Januari 2024.

Pada 24 Januari 2024, hari Rabu lepas, kes meningkat sejumlah 15 kes sehari. Pada 23 Januari 2024, jumlah kes denggi harian adalah sejumlah 18 kes, manakala pada 22 Januari 2024 adalah sejumlah 26 kes harian. Berbanding pada awal Januari iaitu 14 kes harian pada 2 Januari 2024.

Walaubagaimanapun, tiada kes kematian dicatatkan dalam tempoh tersebut. Menurut data dari Jabatan Kesihatan Negeri Sabah itu, daerah yang mencatat kes denggi paling tinggi pada bulan Januari ini sahaja adalah di daerah Kota Kinabalu dengan 95 kes, Lahad Datu dengan 82 kes dan Keningau dengan 53 kes.

Kes kumulatif (terkumpul) yang paling banyak adalah di Taman Palm Height Lahad Datu dengan 28 kes harian. Menurut justifikasi Jabatan Kesihatan Negeri Sabah, kawasan ini telah dijustfikasikan sebagai “MERAH” atau Hotspot untuk kes denggi di negeri Sabah.

Sebelum itu, pada 19 Januari 2024, satu hotspot telah dikenalpasti di lokaliti Limau-Limauan di daerah Papar. Jumlah kes terkumpul di Limau-Limauan adalah sejumlah 26 kes. Pada 18 Januari 2024, lokaliti SN22 Kem Kabota di Tawau diklasifikasikan sebagai kawasan hotspot dengan jumlah kes terkumpul sejumlah 12 kes denggi.

Menurut statistik pada tahun lepas (2023), Jabatan Kesihatan Negeri Sabah merekodkan 11 kematian akibat demam denggi di seluruh negeri Sabah pada tahun 2023. Sebelah kematian yang dicatatkan itu iaitu  tiga kematian di Sandakan, dua di Kunak dan masing-masing satu di Papar, Semporna, Kudat, Nabawan, Putatan dan Tuaran. 

Gambar : Taman Palm Height Lahad Datu, Sabah

Bagi mencegah demam denggi, masyarakat adalah dinasihatkan untuk melakukan aktiviti gotong royong di kawasan rumah. Lakukan aktiviti cari dan musnah tempat pembiakan nyamuk aedes dan menggunakan semburan aerosol bagi mengelak gangguan nyamuk aedes.

Dalam satu kenyataan media oleh Kementerian Kesihatan Malaysia pada 22 Januari 2024, terdapat 2 lokaliti hotspot (merah) demam denggi di Sabah. Berbanding di seluruh Malaysia, terdapat sejumlah 136 lokaliti hotspot. Paling banyak adalah 106 lokaliti hotspot di Selangor, 17 lokaliti hotspot di Wilayah Persekutuan/Kuala Lumpur dan 5 lokaliti hotspot di negeri Perak.

Dalam kenyataan tersebut, KKM turut memberi amaran tentang keadaan cuaca hujan yang mungkin adakan mengakibatkan tempat pembiakan nyamuk aedes meningkat sehingga Mac 2024 nanti. Semoga semua rakyat Sabah menjaga diri dan keluarga daripada wabak denggi ini. Dapatkan rawatan awal jika ada simptom-simptom yang telah dikenalpasti.

RELATED ARTICLES
Utama

Jambatan Kg Lungkidau dibina semula tahun ini

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here

Most Popular