HomeUtamaAgensi Berita Tarik Balik Laporan, Mohon Maaf Berkait Berita Pengampunan Najib

Agensi Berita Tarik Balik Laporan, Mohon Maaf Berkait Berita Pengampunan Najib

Read Time:1 Minute, 33 Second

CYBERJAYA — Agensi Berita Utusan Malaysia hari ini menarik balik berita mengenai pengampunan bekas Perdana Menteri, Najib Razak.

Berita itu ditarik balik kerana fakta yang tidak dapat disahkan, katanya hari ini.

“Kami memohon maaf kepada pembaca,” katanya.

Semalam, media melaporkan hukuman penjara Najib Razak akan dibincangkan dalam mesyuarat Lembaga Pengampunan, yang kali terakhir dipengerusikan Yang di-Pertuan Agong, Al-Sultan Abdullah Sultan Ahmad Shah sebelum penggal pemerintahan Baginda tamat hari ini.

Pada 10 Januari lalu, pasukan Pembelaan Datuk Seri Najib Tun Razak mempersoal bagaimana media antarabangsa boleh mendapatkan maklumat mengenai status petisyen pengampunan diraja bekas Perdana Menteri itu kerana sesi Lembaga Pengampunan dikendali secara rahsia di peringkat tertinggi.

Peguam Tan Sri Muhammad Shafee Abdullah membangkitkan perkara itu dalam satu kenyataan dan merujuk kepada artikel bertajuk ‘Malaysia set to decide on jailed former PM Najib’s high-stakes bid for royal pardon’ yang disiarkan oleh satu portal media antarabangsa

Beliau berkata penulis menyatakan bahawa Lembaga Pengampunan telah bermesyuarat pada Disember lepas bagi membincangkan petisyen pengampunan bekas Perdana Menteri itu namun ditangguh kepada bulan ini bagi membolehkan ia bersidang semula

“Setiap sesi Lembaga Pengampunan dikendali secara rahsia di peringkat tertinggi. Nama ahli yang hadir dan tarikh mereka bersidang juga tidak dihebahkan.

“Ahli tetap Lembaga Pengampunan ialah Yang di-Pertuan Agong, Menteri Wilayah Persekutuan (dalam kes membabitkan isu dalam Wilayah Persekutuan) dan Peguam Negara katanya.

Sementara itu Menteri di Jabatan Perdana Menteri (Wilayah Persekutuan), Dr Zaliha Mustafa enggan mengulas lanjut berhubung spekulasi bekas Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak mendapat pengampunan.

Beliau sebaliknya meminta semua pihak menunggu kenyataan rasmi daripada Lembaga Pengampunan sama ada bekas Ahli Parlimen Pekan itu dibebaskan atau sebaliknya.

Zaliha yang juga salah seorang anggota lembaga berkenaan memaklumkan satu kenyataan rasmi akan dikeluarkan, namun tidak menyatakan secara terperinci mengenainya.

Menurutnya, buat masa ini beliau tidak boleh mengulas lebih mendalam mengenai mesyuarat yang berlangsung di Istana Negara itu memandangkan ia perkara sulit.

.

RELATED ARTICLES
Utama

Kesedaran masyarakat terhadap ‘Job Scam’ perlu ditingkatkan

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here

Most Popular

Recent Comments

Marianah Haji Mohd. Akil on Ibu Ebi AF5 Meninggal Dunia
Just ada kaitan with gui family on Bermula Jual Aiskrim Kini Bergelar Usahawan Berjaya