HomeIsu tempatanIbu tunggal terharu terima bantuan rumah BMR SESB

Ibu tunggal terharu terima bantuan rumah BMR SESB

Read Time:1 Minute, 25 Second

Tuaran: Seorang ibu tunggal menyuarakan rasa syukur dan terharu setelah menerima sebuah rumah menerusi Projek Bantuan Mesra Rakyat (BMR) Sabah Electricity Sdn. Bhd . (SESB).

Julinah Juar, 61, menerima kunci rumah dalam satu majlis ringkas yang berlangsung di perkarangan kediaman tersebut, di Kampung Panjut, di sini, semalam.

Katanya, sebelum ini beliau dan anaknya terpaksa menyewa bilik di atas sebuah kedai berikutan kesempitan hidup.

“Sejak suami saya meninggal dunia, sayalah yang mengambil tanggungjawab untuk menyara keluarga kami. Kami menyewa sejak anak saya berumur lapan tahun iaitu pada tahun 2008 sehinggalah awal tahun ini. 

“Kami sangat bersyukur dan terharu apabila menjadi penerima bantuan ini. Terima kasih tidak terhingga kepada pihak SESB,” katanya.

Julinah berkata demikian ketika ditemui media selepas majlis penyerahan tersebut.

Untuk rekod, pemilihan penerima bantuan rumah BMR ini dilaksanakan dengan kerjasama dan saranan daripada Unit Pemimpin Pembangunan Masyarakat (UPPM) Dewan Undangan Negeri (DUN) Pantai Dalit.

Majlis penyerahannya disempurnakan  Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Pantai Dalit merangkap Pengerusi Eksekutif Innoprise Corporation Sdn. Bhd., Datuk Jasnih Daya.

Terdahulu dalam ucapannya, Jasnih berkata,  program Tanggungjawab Sosial Korporat (CSR) SESB itu boleh membantu mensejahterakan kehidupan rakyat tanpa mengira kaum. 

“Saya ingin mengucapkan setinggi-tinggi terima kasih kepada pihak SESB yang telah memperuntukkan sebuah rumah untuk penerima hari ini.

“Saya difahamkan rumah yang diberikan mempunyai tiga bilik tidur, ruang dapur, ruang tamu dan tandas. Program seperti ini sangat dialu-alukan oleh Kerajaan Negeri Sabah,” katanya.

Hadir sama, Pengerusi SESB, Datuk Seri Panglima Wilfred Madius Tangau, Ketua Pegawai Eksekutif SESB, Ir. Ts. Mohd Yaakob Jaafar dan Pemimpin Pembangunan Masyarakat UPPM Pantai Dalit, Irwandie Matshah.

Tahun lalu, SESB menerusi CSR yang sama turut membina rumah BMR di Tambunan, Ranau, Kundasang, Kinabatangan, Tawau, dan Kimanis. – SABAH MEDIA / FOTO SESB

RELATED ARTICLES
Isu tempatan

Cubaan tangkap ikan guna bahan letupan berjaya digagalkan

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here

Most Popular