HomeUtamaEkonomi masyarakat Kuala Penyu dijangka melonjak

Ekonomi masyarakat Kuala Penyu dijangka melonjak

Read Time:1 Minute, 35 Second

Kuala Penyu:  Landskap ekonomi di daerah ini dijangka melonjak naik apabila tempatan peranginan dan pusat percutian bertaraf dunia, ‘Club Med Borneo’ siap hujung tahun ini.

Pembantu Menteri Kerja Raya Datuk Limus Jury berkata, projek yang sebelum ini mengalami kelewatan daripada jadual akibat isu kekurangan pekerja, kini telah mencapai kemajuan 50 peratus sekali gus bakal memberi impak yang positif kepada ekonomi daerah berkenaan.

“Menurut Pejabat Daerah Kuala Penyu, kerja-kerja pembinaan Club Med Borneo yang terletak di Kampung Tanjung Aru ini sudah mencapai 50 peratus dan dijangka siap sepenuhnya hujung tahun.  

“Sebaik siap, resort antarabangsa ini bakal membawa masuk pelancong dari seluruh dunia dan sudah tentu kawasan ini akan menikmati limpahan daripadanya khususnya dalam aspek ekonomi.

“Ini termasuk peluang pekerjaan dan perniagaan untuk masyarakat setempat,” katanya.

Beliau berkata demikian ketika ditemui selepas menghadiro program tinjauan mesra sempena Tahun Baru Cina 2024 di sini, hari ini.

Projek pusat peranginan dan percutian lima bintang tersebut telah dilancarkan pada 25 November 2019 dan dijadualkan siap pada tahun 2022 namun terjejas disebabkan beberapa masalah teknikal.

Limus yang juga Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Kuala Penyu turut memaklumkan beberapa lagi projek pembangunan akan dilaksanakan di kawasan berkenaan melibatkan anggaran kos di antara RM300 juta hingga RM400 juta.

“Antaranya, pembinaan kira-kira 200 unit Program Perumahan Rakyat (PPR) PPR dan IPD Kuala Penyu yang baharu di tapak sama yang kini dalam proses tender.

“Selain itu, pembinaan 100 unit lot kedai LPPB di kawasan Pekan Kuala Penyu sedikit tergendala ekoran masalah lokasi.

“Justeru, kita berharap proses berkaitan dapat segera diselesaikan agar pembinaan infrastruktur ini dapat dimulakan,” katanya.

Dalam pada itu, beliau turut menasihati masyarakat Tiong Hua di daerah tersebut agar meraikan Sambutan Tahun Baharu Cina dengan semangat perpaduan yang kukuh.

Selain Pekan Kuala Penyu, Limus juga mengagihkan limau mandarin dan angpow sambil menyantuni warga Tiong Hua di Pekan Menumbuk.

RELATED ARTICLES
Utama

KKDW komited teruskan kerjasama strategik bersama pengurusan tertinggi kerajaan Sabah

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here

Most Popular