HomePendapatIsi Golongan Profesional Sebagai Ahli Majlis Di Sabah

Isi Golongan Profesional Sebagai Ahli Majlis Di Sabah

Read Time:2 Minute, 45 Second

Oleh Muda Mohamad

Dua hari lepas, Sultan Selangor, Sultan Sharafuddin Idris Shah menitahkan agar 50 peratus daripada jumlah keseluruhan Ahli Majlis diisi golongan profesional dalam bidang pembangunan sesebuah bandar

“Jika boleh beta cadangkan jumlah golongan profesional perlulah sekurang-kurangnya memenuhi 50 peratus dari jumlah keseluruhan Ahli Majlis” titah baginda ketika menyempurnakan istiadat pengisytiharan Majlis Bandaraya Diraja Klang (MBDK).

Satu cadangan yang amat baik dan sebenarnya perlu diperluaskan ke seluruh Ahli Majlis di negara ini, sudah sampai masanya golongan professional yang pakar dan berkemahiran dalam perancangan dan pembangunan bandar diambil untuk berada dalam sesuatu Ahli Majlis.

Seramai 472 Ahli Majlis telah dilantik untuk menerajui 25 Pihak Berkuasa Tempatan (PBT) di Sabah di satu majlis Jun 2023 lalu.

Di Sabah, ada sejumlah 25 pihak berkuasa tempatan. Hanya satu PBT yang baru bertaraf Bandaraya iaitu Dewan Bandaraya Kota Kinabalu. Namun dalam senarai Sistem Penarafan Bintang Pihak Berkuasa Tempatan (SPB-PBT) bagi tahun 2022, Dewan Bandaraya Kota Kinabalu bukanlah PBT yang terbaik di Sabah, Lembaga Bandaran Kudat yang terbaik di negeri Sabah.

Ahli-Ahli Majlis Bandaran Kudat yang baru dilantik untuk sesi
Januari 2023 – Januari 2025

Dalam senarai SPB-PBT yang dikeluarkan oleh Jabatan Kerajaan Tempatan, Kementerian Perumahan Dan Kerajaan Tempatan itu, Lembaga Bandaran Kudat berada pada kedudukan ke-33 daripada 153 PBT yang dinilai dengan markah 95.55% dan mendapat penarafan 5 bintang.

Kedua terbaik adalah Majlis Daerah Beluran yang berada di tempat ke-55 dengan markah 93.13% dan turut mendapat penarafan 5 bintang. Di tempat ketiga terbaik bagi negeri Sabah adalah Majlis Daerah Beaufort yang berada di tempat 64 dengan markah 92.81% dan penarafan 5 bintang.

Dewan Bandaraya Kota Kinabalu yang ke-4 terbaik di Sabah dan berada di tangga 78 dengan markah 91.43% serta mendapat penarafan 5 bintang. Jika dilihat daripada keseluruhan ranking yang dikeluarkan oleh Jabatan Kerajaan Tempatan KPKT itu, ada perkara yang segera untuk diperbaiki oleh Kerajaan Negeri Sabah.

Daripada senarai 10 PBT yang paling terbawah daripada 153 PBT, antara kedudukan 143 dan 153 PBT itu 9 PBT adalah daripada negeri Sabah kecuali di tempat 146 iaitu Majlis Daerah Saratok. Tiga PBT hanya mendapat penarafan 2 bintang iaitu Majlis Darah Lahad Datu, Majlis Daerah Telupid dan Majlis Daerah Kunak, paling tercorot adalah Majlis Daerah Tongod yang hanya mendapat penarafan 1 bintang dengan markah hanya 31.3%.

Semua PBT ini dinilai berdasarkan berdasarkan empat (4) kriteria berikut Pengurusan (20%), Perkhidmatan-perkhidmatan Teras (55%), Pengurusan Pelanggan (10%) danPenyertaan Komuniti dan Pandangan Penduduk (15%).

Kriteria-kriteria utama tersebut mempunyai sebanyak 18 sub-kriteria termasuk elemen pandangan penduduk di mana markah diperoleh berdasarkan indikator keputusan pandangan penduduk dalam Malaysian Urban Rural National Indicators Network on Sustainable Development (MURNInets) yang dilaksanakan oleh PLANMalaysia, KPKT.

Sudah sampai masanya Kerajaan Negeri Sabah menyegerakan pengambilan professional untuk berada dalam 9 PBT yang terendah dalam penarafan yang dibuat oleh KPKT ini. Jika dilihat pada markah penilaian, ianya banyak kepada aspek pengurusan dan perkhidmatan.

Penilaian yang dibuat oleh KPKT ini dibuat 2 tahun sekali, dan masih ada masa untuk Kerajaan Negeri Sabah membawa keluar 9 PBT ini daripada kedudukan tercorot antara 153 PBT yang berada di Malaysia.

Selari dengan titah Sultan Selangor yang mahukan PBT di Selangor diisi dengan golongan professional, Kerajaan Negeri Sabah juga boleh bertindak segera bagi melonjak kembali rating kesemua PBT yang berada di Sabah dalam kedudukan yang lebih baik di negara ini.

RELATED ARTICLES
Utama

DUN Sabah : SDB agresif dalam usaha struktur, pulihkan hutang lapuk

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here

Most Popular

Recent Comments

Marianah Haji Mohd. Akil on Ibu Ebi AF5 Meninggal Dunia
Just ada kaitan with gui family on Bermula Jual Aiskrim Kini Bergelar Usahawan Berjaya