HomeIsu tempatanArthur jadikan tiga beradik mangsa tragis kematian ibu di Sook sebagai pelajar...

Arthur jadikan tiga beradik mangsa tragis kematian ibu di Sook sebagai pelajar angkat

Read Time:42 Second

KENINGAU : Tiga beradik yang kehilangan ibu mereka selepas tragedi menyayat hati di Kampung Tinagalan, Sook, Keningau baru-baru ini mendapat perhatian Ahli Parlimen Pensiangan yang juga Timbalan Menteri Pertanian dan Keterjaminan Makanan, Datuk Arthur Joseph Kurup.

“Saya akan mengambil tiga beradik ini sebagai pelajar angkat saya. Komitmen saya ialah untuk memastikan tiga beradik ini dapat dijaga dengan baik terutama pendidikan mereka semasa di sekolah.

“Saya juga komited untuk menanggung semua kos keperluan mereka sehingga selesai belajar di sekolah”, tegasnya dalam satu kenyataan hari ini.

Dalam pada itu, Arthur berkata bahawa dalam apa juga cabaran yang dihadapi, anak-anak tersebut perlu menghabiskan persekolahan mereka kerana nilai pendidikan akan membantu menjamin hidup dan masa depan mereka.

Terdahulu, Arthur telah melawat dan menyampaikan bantuan kewangan, peralatan keperluan sekolah dan barangan dapur kepada keluarga dan anak-anak mendiang di Kampung Linsuk, Sook.

RELATED ARTICLES
Isu tempatan

KTYS buka ruang kerjasama mantapkan kursus ditawarkan

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here

Most Popular