HomeIsu tempatan16 peserta rebut gelaran Ratu Serimpak 2024

16 peserta rebut gelaran Ratu Serimpak 2024

Read Time:49 Second

Tuaran : Seramai 16 peserta bakal bertanding bagi merebut gelaran Ratu Serimpak 2024 sempena Festival Kebudayaan Rumpun Bajausama Sabah 2024, malam ini.

Pengerusi Pertandingan Ratu Serimpak 2024, Muhd Arziz Afizy Rumsani berkata, para peserta kini telah berkampung di Pusat Kebudayaan Rumpun Bajausama Sabah sejak Sabtu lalu.

“Sepanjang tempoh berkenaan, peserta akan dinilai dari pelbagai aspek antaranya disiplin serta keterampilan peserta.

“Peserta juga akan dinilai menerusi beberapa acara lapangan antaranya Ngukur Soka (memarut kelapa) yang merupakan acara baharu, Nepo Parai (menumbuk padi), Ngelapat (melipat daun) serta Ngelabu Penjaram (memasak kuih penjaram).

“Selain mempamerkan kecantikan busana tradisi Bajausama, peserta juga akan diuji dengan pengetahuan serta kepetahan bertutur dalam bahasa suku kaum Bajau,” katanya ketika ditemui media selepas sesi Bengkel Ratu Serimpak di sini, semalam.

Arziz berkata, buat julung kalinya pada tahun ini, pemenang pertandingan Ratu Serimpak akan menerima tajaan pengajian daripada Kolej Universiti Yayasan Sabah (UCSF).

Katanya, pertandingan berkenaan dapat memartabatkan adat dan budaya bangsa terutamanya suku kaum bajau serta menjadi agen promosi kepada masyarakat luar kelak.

RELATED ARTICLES
Isu tempatan

Petugas Tabung Darah digesa tingkat kemahiran, pengetahuan demi keselamatan pesakit

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here

Most Popular